DOKUSIRI NETFLIX WILL SMITH MENDAPAT PENILAIAN 100% OLEH ROTTEN TOMATOES!
“Sebagai warga Amerika, kita berusaha untuk membentuk kesatuan lebih sempurna yang benar-benar menegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua. Saya percaya pemahaman yang lebih mendalam mengenai Pindaan ke-14 adalah titik tolak yang penting.
“Harapan kami menerusi siri ini adalah untuk menerangi keindahan janji Amerika dan berkongsi mesej perhubungan serta kemanusiaan supaya kita dapat lebih memahami dan meraikan pengalaman berbeza sebagai warga Amerika. Tidak lupa juga untuk mempromosikan menuju kesaksamaan yang dijanjikan kepada semua di bawah Pindaan ke-14,” tambahnya.
Setakat ini, ulasan yang diterima untuk dokusiri ini semuanya positif. Malah Smith mendapat penilaian mengagumkan daripada pengkritik yang sering memberinya skor rendah sebelum ini.
Peminat pula seakan tidak percaya dengan sisi berbeza Smith dan ternyata dia telah mendapat beberapa maklum balas yang baik daripada peminat sejak awal lagi.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Smith berkongsi keterujaannya kerana mendapat reaksi positif daripada peminat juga Rotten Tomatoes. “Anda mesti menonton Amend di Netflix jika masih belum menontonnya. Menurut Rotten Tomatoes, ia 100% lebih baik daripada video seterusnya yang anda rancang mahu tonton,” tulisnya di Instagram.
Siapa tahu, mungkin ini cara halus Smith memberitahu bahawa dia mahu bertanding dalam pilihan raya yang akan datang!
Foto: Karwai Tang/Getty Images
Pautan berkaitan: DWAYNE JOHNSON LUAH HASRAT UNTUK MENJADI PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM FIGHTER PATUT TONTON DI NETFLIX
Temukan 5 filem fighter di Netflix 2026 penuh aksi, adrenaline dan watak kental yang patut ditonton oleh peminat filem.
MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026
Bulan September 2026 semestinya tidak akan bosan dengan kehadiran filem dan siri di Netflix dan HBO Max yang akan datang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.











