DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.
Dengan karisma yang kuat dan pengaruh luar biasa di peringkat antarabangsa, kumpulan ini bukan sahaja mendominasi carta muzik tetapi juga menjadi pilihan utama jenama-jenama ternama untuk menarik perhatian generasi muda. Dari pentas fesyen hingga kempen kecantikan, setiap ahli Stray Kids membawa identiti unik yang menambah daya tarikan kepada jenama yang mereka wakili. Nama-nama besar seperti Versace, Tommy Hilfiger, Fendi dan banyak lagi telah memilih mereka sebagai duta, membuktikan pengaruh global kumpulan ini. GLAM Lelaki akan senaraikan beberapa jenama yang berjaya meraih Stray Kids atau ahli mereka sebagai duta jenama masing-masing.
#1 Tommy Hilfiger – Stray Kids
Stray Kids mula diperkenalkan sebagai duta jenama Tommy Hilfiger pada musim luruh tahun 2023. Ke semua ahli kumpulan itu membuat kemunculan di dalam tiga kempen Tommy Hilfiger sepanjang kedutaan mereka. Pada Met Gala 2024, Stray Kids mencipta sejarah sebagai kumpulan K-Pop pertama menghadiri majlis berprestij itu. Bang Chan, HAN, Felix, Seungmin, Hyunjin, I.N, Lee Know dan Changbin dihiasi dengan busana yang direka khas oleh Tommy Hilfiger, sebagai wakil jenama itu.

#2 Versace, Cartier & Givenchy Beauty – Hyunjin
Sebagai salah seorang individu terkenal dalam generasinya, Hyunjin seringkali menjadi rebutan jenama-jenama mewah. Dari fesyen hingga ke barang kemas dan kecantikan, Hyunjin menjadi duta buat ketiga-tiga kategori itu. Pada Julai 2023, Hyunjin telah dilantik sebagai duta jenama fesyen Versace. Dinobatkan oleh Donatella Versace sendiri sebagai ‘Prince of Versace’, Hyunjin pernah muncul di dalam kempen Versace Holiday. Pada September 2024, dia diundang sebagai duta jenama barang kemas mewah, Cartier. Dan yang terbaru, Hyunjin dilantik sebagai duta jenama buat Givenchy Beauty sejak Februari 2025.

#3 Louis Vuitton & UNICEF – Felix
Selain dari Hyunjin, Felix juga cukup aktif dalam dunia fesyen. Pada 23 Ogos 2023, Felix dilantik sebagai duta jenama Perancis, Louis Vuitton. Hubunganya yang cukup rapat dengan Pengarah Kreatif jenama itu, Nicholas Ghesquière membuatkan Felix seringkali kelihatan memakai busana yang direka khas olehnya ke acara besar mahupun konsert. Selain dari fesyen, hati baik Felix yang suka membuat kerja sukarelawan menjadikannya salah seorang duta UNICEF. Ketika berehat, Felix juga mengikuti program UNICEF ke Laos, demi memberi bantuan kesihatan dan pendidikan di sana.
#4 Fendi – Bang Chan
Ketua kumpulan Stray Kids ini, Bang Chan telah dilantik sebagai duta jenama Itali Fendi pada 16 Januari 2025 yang lalu. Selepas beberapa dilihat mengenakan busana dari Fendi, serta menghadiri beberapa acara Fendi, misteri itu akhirnya terbongkar. Hasil cintanya kepada fesyen yang merujuk kearah keselesaan, Fendi semestinya jenama yang sempurna buat wajah kacak itu.
#5 Bottega Veneta – I.N
Sebagai rujukan fesyen buat ahli Stray Kids, pengumuman kedutaan I.N disambut ramai. Seminggu selepas kedutaan Bang Chan, Stayville dikejutkan dengan berita kedutaan I.N di Bottega Venetta. I.N semestinya ahli yang sempurna untuk dinobatkan sebagai duta fesyen oleh kerana minat dan kebolehannya yang mendalam terhadap fesyen. Mempunyai barisan #OOTD yang menjadi contoh di Instagramnya, Stray Kids juga memerlukan nasihat darinya untuk berfesyen. Semestinya, Maknae On Top!
Selain daripada jenama-jenama yang disenaraikan, Stray Kids juga pernah bekerjasama dengan beberapa jenama fesyen, gaya hidup dan kecantikkan yang lain sebelum ini. Antaranya ialah Mahagrid, CLIO, NACIFIC dan SLBS. Fenomena mereka dalam dunia hiburan menjadikan mereka salah satu kumpulan terbesar dalam generasi ini.
Pautan Berkaitan: STRAY KIDS DALAM KEMPEN MUSIM LURUH 2024 TOMMY HILFIGER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA
HAUS NOWHERE BANGKOK bakal membuat debut meganya di Icon Siam pada 10 Disember 2025 dengan kehadiran Felix dari Stray Kids.
GL PLAYLIST: 10 LAGU STRAY KIDS WAJIB DIDENGARI SEMPENA COMEBACK ‘DO IT’
Stray Kids kembali dengan lagu hentakan terbaharu mereka melalui SKZ IT TAPE ‘DO IT’, sekaligus menghidupkan semula hype global STAY.
TOMMY HILFIGER RAIKAN ‘A HILFIGER HOLIDAY’ BERSAMA BINTANG T-WAVE POND, PHUWIN, GEMINI DAN FOURTH
Kembali untuk kempen ketiga, bintang hiburan Thailand membawa pengaruh global dan semangat perayaan ke dalam kempen 'A Hilfiger Holiday'.
10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN
Jenama kecantikan kini menjadikan selebriti lelaki sebagai wajah mereka juga, sebagai simbolik bahawa jenama mereka tidak mengira jantina.
6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI
Idol lelaki Korea ini menjadi inspirasi buat lelaki moden yang percaya kekuatan sebenar datang daripada disiplin dan konsistensi bersenam.











