Skip to content

DWAYNE JOHNSON LUAH HASRAT MENJADI PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT

DWAYNE JOHNSON LUAH HASRAT UNTUK MENJADI PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Tiga tahun lalu, bekas ahli gusti profesional ini memberi petunjuk untuk menjadikan White House sebagai kediamannya ketika temu bual bersama GQ pada 2017.

“Saya ingin melihat kepemimpinan yang lebih hebat. Apabila ada perselisihan pendapat dan terdapat sekumpulan besar orang tidak bersetuju dengan anda – contohnya pihak media – saya rasa ia sedang memberitahu bahawa saya boleh menjadi lebih baik,” jelasnya.

Dwayne menambah, setiap orang mempunyai isu yang perlu ditangani dan seorang pemimpin yang baik tidak akan sesekali meminta orang di bawah pimpinannya untuk menutup mulut.

“Walaupun jika kita berselisih pendapat, kita tetap perlu mencari jalan keluar. Jika tidak, saya rasa sebagai warga Amerika, semua yang saya lihat dan dengar menerusi contoh yang diberikan adalah ‘Anda perlu menutup mulut. Anda tidak boleh memberi pandangan.’

“Perselisihan pendapat mengajar kita sesuatu. Sebagai presiden, saya akan bertanggungjawab terhadap semua orang. Terutama apabila anda tidak bersetuju dengan saya,” katanya.

Pelakon Jumanji ini berkata jika dia bergelar presiden pada masa akan datang, ‘keseimbangan’ dan ‘kepimpinan’ adalah dua perkara terpenting yang akan diterapkannya.

 

 

Foto: Annette Riedl/picture alliance via Getty Images

 

Pautan berkaitan: THE ROCK BAKAL REBUT JAWATAN PRESIDEN US?

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA

Bacaan Lanjut

SUPERCAR TRAVIS SCOTT BERNILAI USD 5.5 MILLION

Bacaan Lanjut

A$AP ROCKY BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 24 TAHUN?

Bacaan Lanjut

RAMI MALEK DEDAH PENGALAMAN PERKAUMAN OLEH POLIS

Bacaan Lanjut

BRAD PITT BERSUARA SELEPAS WANITA DITIPU HASIL PENIPUAN CATFISHING

Bacaan Lanjut
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut