Skip to content

HENRY GOLDING TERAJUI FILEM SERAM PSIKOLOGI HEAD GAMES DI SAMPING SAMUEL L. JACKSON

HENRY GOLDING TERAJUI FILEM SERAM PSIKOLOGI HEAD GAMES DI SAMPING SAMUEL L. JACKSON

Kongsikan artikel ini

Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding bakal muncul dengan projek baru.

Menurut laporan Variety, aktor berusia 37 tahun ini akan membintangi filem sains fiksyen seram berjudul Head Games arahan Anthony Mandler. Sutradara ini terkenal dengan filem hebat seperti Surrounded dan Monster. Skrip pula ditulis oleh Collin Liddle.

Henry diberi tanggungjawab menggalas watak utama sebagai Jacob, seorang pengintip korporat yang menyamar sebagai chef peribadi kepada Graham, bekas pengasas firma neuroprostetik (Samuel L. Jackson). Matlamat sebenar Jacob adalah untuk menyusup ke vila majikannya dan mencuri ciptaan terbarunya. Bagaimanapun dia akhirnya menyedari tugasan ini tidak semudah disangka.

Filem itu akan memulakan penggambaran pada bulan Oktober ini. Ia akan menemui penonton di layar perak pada tahun 2025.

henry golding

Foto: X

Gabungan Hebat Henry Golding & Samuel L. Jackson

Menurut pengarah, plot filem ini akan memperlihatkan garisan antara fiksyen dan realiti dalam kehidupan sebenar.

“Saya amat teruja untuk menterjemah skrip luar biasa ini menjadi filem. Head Games adalah cerita yang melangkaui sempadan tentang apa yang kita tahu mengenai realiti, dan apa yang pada akhirnya bertukar menjadi fiksyen di hadapan mata kita sendiri.

Pengasas A Higher Standard, Jeffrey Greenstein selaku penerbit eksekutif berkata, Head Games adalah filem berkualiti yang dijangka akan meraih kejayaan besar di layar perak.

“Head Games adalah gabungan tepat bagi semua yang diperjuangkan oleh A Higher Standard – filem berkualiti tinggi dengan bakat-bakat hebat yang dipersembahkan dengan cara luar biasa. Samuel seorang aktor yang cemerlang, menjadikannya gandingan hebat buat Henry yang cukup berkarisma,” katanya.

Henry baru-baru ini muncul dalam filem Ministry Of Ungentlemanly Warfare arahan Guy Ritchie. Projek akan datangnya termasuk Nine Perfect Strangers, Simple Favor 2, The Old Guard 2 dan Daniela Forever.

 

Foto: The Hollywood Reporter

Pautan berkaitan: ALASAN MENGAPA OWEN WILSON MENOLAK TAWARAN FILEM RM57 JUTA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CRAZY RICH ASIANS BAKAL MUNCUL DENGAN DRAMA SEKUEL

CRAZY RICH ASIANS BAKAL MUNCUL DENGAN DRAMA SEKUEL

Bacaan Lanjut
must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA

HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA

Bacaan Lanjut
HENRY GOLDING ANTARA 10 LELAKI TERKACAK DI DUNIA, SIAPA DI TANGGA PERTAMA?

HENRY GOLDING ANTARA 10 LELAKI TERKACAK DUNIA, SIAPA DI TANGGA PERTAMA?

Bacaan Lanjut

15 PELAKON YANG PERNAH MENOLAK WATAK IKONIK DARIPADA FILEM POPULAR HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA KE HOLLYWOOD

4 SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA KE HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut