Skip to content

“I AM READY TO COMPETE!” – IRFAN SHAMSUDDIN KONGSI PERSEDIAAN KE SUKAN KOMANWEL 2022

Kongsikan artikel ini
2 of 3

Kongsikan diet yang anda amalkan untuk berada dalam keadaan yang terbaik untuk bertanding?

Saya sedang mengikuti diet tinggi protein sambil mengambil supplement. Saya akan memastika saya makan tiga kali sehari dan hidrasi sepanjang masa. Protein shake juga menjadi kemestian buat saya.

 

Apakah jenis pakaian yang anda pakai untuk sesi latihan dan pemulihan (recovery) ketika bertanding?

Saya memakai Under Armour untuk semua sesi latihan, pertandingan dan juga ketika hari berehat. Untuk berlatih, saya akan memakai koleksi Projek Rock. Ia sangat selesa dan memakai dapat memberi inspirasi untuk berlatih lebih kuat dan bijak. Ketika hari berehat, saya akan memakai rangkaian UA Recovery, kerana ia menggunakan fabrik yang dihasilkan dengan kejuruteraan sainstifik yang mempunyai mineral untuk membantu otot untuk pulih dengan lebih cepat dan bagus. US Rush pula saya pakai ketika bertanding. Materialnya sangat selesa dan membaluti tubuh saya dengan sempurna, lebih-lebih lagi ketika saya sedang melempar. Saya juga sukakan material yang akan mengeringkan peluh dengan cepat walaupun saya berpeluh dengan banyak hahaha.

Bagaimanakah anda bersedia secara mental untuk kekal fokus dalam sesebuah kejohanan?

Kekal tenang, sabar dan fokus. Perkara paling penting adalah perkembangan saya sebagai seorang atlet. Jika saya mula berasa latihan saya semakin sukar dan saya tidak melihat diri saya bertambah bagus, saya akan sentiasa mengingatkan diri ia merupakan cabran yang dapat membantu untuk saya menjadi atlet yang lebih bagus. Tiada yang mudah dalam kehidupan ini, sama seperti moto Under Armour “The Only Way is Through”. Saya akan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik, walaupun saya berasa seperti mahu putus asa.

 

Kongsikan pengalaman yang paling berharga anda sebagai seorang atlet Malaysia?

Saya merasakan apa yang membuat saya berasa seronok dan cinta menjadi seorang atlet adalah peluang yang muncul di hadapan seperti dapat bertanding dan berjumpa dengan atlet lain dari seluruh dunia. Saya seronok dapat bertanding untuk negara, serta pengalaman yang perlu saya lalui dan tempuhi sepanjang karier saya sebagai atlet, memori itu yang akan saya kenang selamanya.

 

Baca lebih lanjut: PRISM+ Q65 PRO QUANTUM EDITION, TELEVISYEN ANDROID PREMIUM PALING BERPATUTAN

2 of 3

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Uniqlo Malaysia

KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut