JOSH DUHAMEL AMBIL ALIH TEMPAT ARMIE HAMMER DALAM SHOTGUN WEDDING
Selepas filem The Lost Husband yang ditayangkan tahun lalu, Josh Duhamel akan muncul dalam satu lagi filem terbaharu, Shotgun Wedding di samping penyanyi terkenal, Jennifer Lopez.
Duhamel dilaporkan akan menggantikan tempat pelakon Rebecca, Armie Hammer yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini. Malah syarikat hiburan Lionsgate turut mengesahkan uji bakat semula.
“Kami berasa sangat teruja dengan pemilihan watak pengantin lelaki dan pengantin perempuan untuk filem Shotgun Wedding. Kami tahu Josh dan Jennifer merupakan gandingan sepadan dan seksi di layar perak, dan akan menjadi pasangan menyeronokkan kala majlis perkahwinan idaman mereka bertukar menjadi mimpi ngeri,” kata Erin Westerman, presiden produksi Lionsgate Motion Pictures Group.
Jennifer Coolidge and Sonia Braga juga dipilih untuk membintangi filem aksi-komedi ini. “Kami juga teruja untuk mengumumkan penglibatan Jennifer dan Sonia yang memegang peranan sebagai ibu pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Bakat lakonan dan jenaka mereka akan memeriahkan lagi filem yang sememangnya sudah padat dengan aksi komedi ini,” dia menambah.

Foto: Rex/AP/Getty Images
Rombakan barisan pelakon diumumkan hanya beberapa minggu selepas beberapa mesej salah laku tersebar di internet. Mesej-mesej tersebut didakwa datangnya daripada Armie Hammer.
Sebagai respon terhadap kelakuan itu, Hammer mengambil keputusan mengundur diri. Dia mengeluarkan kenyataan, “Saya tidak akan memberi respon terhadap tuduhan tidak berasas ini, namun dengan serangan keji dan palsu yang dilakukan di atas talian terhadap saya, saya tidak akan sesekali meninggalkan anak-anak untuk menjalani penggambaran selama empat bulan di Republik Dominika. Liosngate menyokong saya dalam hal ini, justeru saya amat berterima kasih kepada mereka.”
Jurucakap produksi memberitahu media, “Memandangkan tarikh penggambaran Shotgun Wedding hampir tiba, Armie memutuskan untuk menarik diri daripada filem ini dan kami menyokong keputusan tersebut sepenuhnya.”
Shotgun Wedding mengisahkan tentang perjalanan bakal pengantin, Tom dan Darcy serta keluarga ke destinasi perkahwinan yang indah. Walaupun bakal bergelar suami isteri, pasangan ini bersikap dingin kerana masih ragu-ragu dengan perhubungan mereka. Sebaik tiba di destinasi, keluarga mereka ditangkap dan dijadikan tebusan oleh penjenayah. Apakah kesudahannya?
Filem terbitan Ryan Reynolds, Elaine Goldsmith-Thomas dan Benny Medina ini bakal diarahkan oleh Jason Moore. Ia dijangka memulakan penggambaran dalam masa terdekat.
Foto: Vulture & Shutterstock
Pautan berkaitan: 5 MOMEN KONTROVERSI ARMIE HAMMER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.