Skip to content

KATSEYE TERHANGAT MASA KINI

KATSEYE, KUMPULAN WANITA GLOBAL TERHANGAT MASA KINI

Kongsikan artikel ini

KATSEYE ialah kumpulan global terhangat masa kini. Nama mereka seringkali didengari di mana-mana dalam industri muzik. 

Seringkali dikatakan sebagai kumpulan wanita Korea Selatan, KATSEYE sebenarnya bukan berada di dalam kategori K-Pop! Enam gadis yang dikumpulkan dari rancangan survival Dream Academy ini sebenarnya kumpulan wanita global. Ditubuhkan atas gabungan Geffen Records dan syarikat Korea HYBE, KATSEYE debut dengan album SIS (Soft Is Strong). Sophia, Manon, Daniela, Lara, Megan dan Yoonchae dikumpulkan dari pelbagai negara dan budaya untuk membentuk satu kumpulan global yang bakal menggegar dunia. Dan ya, mereka semestinya menggegar dunia ini dengan muzik mereka. 

KATSEYE TERHANGAT MASA KINI

Pada 30 April 2025, KATSEYE keluar dengan lagu baharu berjudul Gnarly. Dalam masa dua minggu, Gnarly telah mencapai sebanyak 16 juta tontonan di YouTube dengan lebih 70.5k penggunaan di TikTok. Pencapaian KATSEYE bukanlah baharu. Sejak KATSEYE membuat kemunculan semula dengan Touch pada 26 July 2024, nama mereka semakin melonjak naik. Mereka kemudian berkolaborasi bersama Yeonjun dari TXT untuk lagu yang sama. Pencapaian KATSEYE yang cukup hebat menjadikan mereka salah satu kumpulan terhangat masa kini.

KATSEYE TERHANGAT MASA KINI

Walaupun mereka merupakan kumpulan wanita global, sistem latihan mereka masih mengikut sistem latihan K-Pop. “Saya sentiasa teringin untuk menubuhkan kumpulan antarabangsa yang berdasarkan metodologi K-Pop .” kata Bang Si-hyuk, pemilik HYBE. Pada 17 November 2023, finalis yang bakal menyertai kumpulan global ini didedahkan, bersama nama kumpulan itu. Pada 18 Januari 2024, nama peminat KATSEYE diumumkan, iaitu EYEKONS.

KATSEYE TERHANGAT MASA KINI

Antara keunikan dari kumpulan ini ialah ahli kumpulannya yang datang dari pelbagai negara dan budaya. Sophia, Lara, Daniela dan Manon merupakan artis yang berasal dari Filipina, India, Latina dan Ghana pertama yang berada di bawah naungan HYBE. Megan berasal dari Amerika dan Yoonchae ialah satu-satunya ahli Korea KATSEYE. Dokumentari mengenai mereka juga berada di Netflix dengan judul Pop Star Academy: Katseye. KATSEYE telah debut di tempat ke #92 dengan lagu terbaru mereka Gnarly, menjadikan lagu ini lagu pertama mereka yang memasuki carta Billboard 100. Mereka semestinya the hottest girl group in town! 

Pautan Berkaitan: 6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?

Bacaan Lanjut

5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR

Bacaan Lanjut

TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA

Bacaan Lanjut
"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Bacaan Lanjut

TRIO BOSS: LORIS KARIUS, MATTEO BERRETTINI & MILES CHAMLEY

Bacaan Lanjut

KENALI SAIXSE PENYANYI FENOMENA MALAMPAGI

Bacaan Lanjut