Kecacatan Hrithik Roshan yang disembunyikan
Baru baru ini, Hrithik Roshan pelakon Bollywood terkenal menjalani sebuah pengambaran untuk majalah antarabangsa di India. Dia dipasangkan dengan seorang pelakon wanita dan model meningkat naik, Lisa Haydon untuk isu body beautiful.
Di internet, sudah bertebaran gambar-gambar aksi mereka yang telah dimuat naik namun ada sesuatu yang pelik dan ganjil mengenai gambar yang diambil, sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen dan peminat-peminatnya. Lihat betul-betul, dan apa yang anda nampak?

Photo credit: Vogue India
Ya, sekiranya anda dapat saksikan ibu jari Hrithik nampak sangat pelik. Adakah ia kesilapan teknikal dari segi edit sehingga jarinya kelihatan tidak seperti jari lelaki normal. Tidak sebenarnya. Ini kerana Hrithik Roshan memang dilahirkan dengan jari sebegitu, seolah ada jari tambahan di sebelah ibu jarinya.
Hrithik pernah mengakui di dalam satu temu bual bersama media antarabangsa bahawa dia enggan untuk membuang ‘jari tambahan’ nya itu kerana baginya ia adalah satu keistimewaan yang hanya dimiliki oleh individu tertentu sepertinya.
Pernah dipilih sebagai lelaki Asia paling seksi oleh sebuah akhbar British beberapa tahun lalu, Hrithik berkata, “Saya bertuah. Bukan kerana saya dipilih paling seksi. Tapi kerana saya baru sedar Tuhan memberi saya satu ciri ‘hodoh’ yang saya bawa bersama saya sebagai peringatan kepada saya dan orang lain betapa indahnya ‘imperfection’ kita sebenarnya.”
Memberi komen di laman Facebook-nya ketika itu, Hrithik juga berkongsi, “Ibu jari saya ini dulu meloyakan rakan-rakan sekolah. Hari ini saya menge-post-kan kepada berjuta peminat seperti kamu, yang saya tahu sama saja seperti saya – beautifully imperfect. Thank you God for this wonderful life. Jadikan kelemahan kamu sebagai kekuatan kamu. Be proud. You are beautiful. Percayalah.”
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.











