Skip to content

KEPULANGAN ZLATAN IBRAHIMOVIC KE SKUAD KEBANGSAAN SWEDEN DIIRINGI AIR MATA

KEPULANGAN ZLATAN IBRAHIMOVIC KE SKUAD KEBANGSAAN SWEDEN DIIRINGI AIR MATA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Menurut laporan, dia menyatakan keinginannya untuk kembali bersama skuad kebangsaan selepas memenangi anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Sweden buat kali ke-12.

“Jika anda bertanya kepada saya, secara jujur saya merindui aksi bersama skuad kebangsaan. Ia bukan rahsia. Kebiasaannya mereka merindui aksi itu apabila sudah bersara. Saya belum lagi menamatkan kerjaya,” katanya.

Tanpa menunggu lama, Andersson terbang ke Milan untuk memeterai perjanjian. Ibrahimovic kini menyertai semula skuad untuk perlawanan kelayakan pertama bagi Piala Dunia 2022.

 

Foto: Reuters/Daniele Mascolo

 

“Apabila Zlatan menyatakan hasrat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan, adalah sesuatu yang normal dan penting untuk bertemunya bagi membincangkan perkara itu secepat mungkin,” kata Andersson.

Kepulangannya ke Sweeden turut diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram minggu lalu. Jelasnya, dia tidak mahu diberikan tempat dalam pasukan hanya kerana kejayaan lampau, sebaliknya dia sememangnya layak menyarung jersi Sweden.

Dia mempamer aksi cemerlang bersama Milan apabila meledak 15 gol di Serie A termasuk gol pertama ketika melakar kemenangan 3-2 ke atas Fiorentina Ahad lalu sekali gus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Inter Milan.

 

Foto: Eg24news

 

Pautan berkaitan: ATLETIK, TAMPAN & BERBAKAT. INI 30 PEMAIN BOLA SEPAK MENJADI TUMPUAN WORLD CUP RUSIA 2018

 

2 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

the weeknd KL

PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut