Skip to content

LOKAL AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”

Kongsikan artikel ini

Landskap fesyen Malaysia yang semakin matang dan berani. Perdebatan ini bergerak lebih jauh daripada sekadar streetwear dan ‘logo-driven design’. Jika streetwear tempatan menjuarai budaya kasual, identiti komuniti dan estetika harian, barisan pereka avant-garde dan high fashion ini pula berfungsi sebagai arkitek idea.

Mereka mencipta fesyen yang bersifat konseptual, eksperimental dan sarat dengan penceritaan. Mereka bukan sekadar menghasilkan pakaian, tetapi membentuk naratif visual, identiti budaya dan hala tuju masa depan gaya tempatan. Daripada siluet skulptural hingga interpretasi futuristik. Lima nama ini sedang mendefinisikan semula maksud fesyen Malaysia di luar arus komersial. Membawa dialog yang lebih mendalam tentang seni dan ekspresi diri.

#1 DIKSON MAH

Dikson Mah antara suara paling progresif dalam fesyen Malaysia masa kini. Dikenali dengan rekaan futuristik dan bersifat skulptural. Dikson menggabungkan teknologi ‘3D printing’ dengan ketelitian kraf tradisional untuk menghasilkan apa yang sering digambarkan sebagai wearable sculpture. Setiap rekaan menampilkan bentuk, struktur unik dan siluet berani yang mengubah cara tubuh dilihat. Dikson meraih perhatian di peringkat antarabangsa, termasuk liputan penerbitan di  Singapore, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pereka paling penting dalam perbualan fesyen kontemporari Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DIKSON MAH (@bydiksonmah)

2) HUNTILANAK

Diasaskan oleh pereka Ryan Alexander Tan, HUNTILANAK ialah label avant-garde yang berani mencabar norma. Nama jenama ini sendiri merupakan gabungan “hunty”  istilah slanga budaya drag dan Kuntilanak, figura mitologi seram Nusantara, mencerminkan pendekatan jenama yang sangat unik.

HUNTILANAK terkenal dengan jaket “Monster” ikonik. Jaket denim dihiasi wajah mitos dengan tanduk, taring yang dihasilkan dari lembaran denim. Estetiknya bersifat surreal, haunting dan eksperimental, menjadikannya satu bentuk protes terhadap standard fesyen konvensional. Debut rasminya di Kuala Lumpur Fashion Week 2025 mengukuhkan label ini sebagai antara suara paling provokatif dan relevan di rantau ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HUNTILANAK (@huntilanak)

3) DICKSON LIM

Berasal dari Sarawak, Dickson Lim pereka ‘self-taught’ yang telah memecahkan pelbagai sempadan dalam fesyen lelaki Malaysia. Mengolah warisan jahitan keluarganya, dia membangunkan estetika menswear futuristik dan dekonstruktif dengan potongan berani dan siluet skulptural.

Pada usia 19 tahun, Dickson melancarkan label eponimnya (DL). Sekali gus mencipta sejarah sebagai pereka termuda Malaysia membuat debut di KL Fashion Week. Karyanya kini meraih pengiktirafan global, termasuk menggayakan selebriti untuk acara berprestij seperti Oscar serta liputan media antarabangsa. Setiap koleksi mencerminkan aspirasi, disiplin dan keazaman untuk mencabar kebiasaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DICKSON LIM (@thedicksonlim)

4) MASYADI MANSOOR

Melalui label MSYD, Masyadi Mansoor membina dunia fesyen yang sarat dengan emosi, ketahanan dan naratif survival. Estetiknya merupakan gabungan avant-garde dan streetwear. Dikenali dengan potongan unik, fabrik eksperimental dan siluet yang melawan norma, rekaan Masyadi sering membawa tema resilience dan transformasi. Pengiktirafannya di GL THE MAN AWARDS CREATIVE VISIONARY 2025 mengukuhkan status Masyadi sebagai pereka yang bukan sahaja mencipta fesyen, tetapi membina makna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DICKSON LIM (@thedicksonlim)

5) MELINDA LOOI

Nama Melinda Looi tidak asing dalam sejarah fesyen Malaysia. Melinda Looi membina asas kreatif sejak usia muda, dengan minat terhadap seni lukis dan arca yang jelas terpancar dalam rekaan bersifat artistik, avant-garde dan tidak konvensional. Sepanjang lebih dua dekad kerjayanya, Melinda bukan sahaja mencorakkan landskap fesyen tempatan, malah menjadi pilihan utama artis dan personaliti berprofil tinggi. Kolaborasinya bersama Aina Abdul sering mencetus perbualan daripada busana eksperimental berkonsep rambut hingga gaun yang luar daripada norma tempatan. Pengaruhnya turut melangkaui sempadan apabila Fan Bingbing memilih rekaan bespoke Melinda berupa baju kurung moden untuk majlis penganugerahan Datuk Seri di Melaka. Selain itu, keterlibatannya dalam dialog kreatif bersama pereka antarabangsa seperti Motoguo menerusi platform editorial global mengukuhkan kedudukan Melinda sebagai pemangkin perbualan fesyen fesyen Malaysia di peringkat antarabangsa.

View this post on Instagram

 

A post shared by Melinda Looi (@melindalooi)

Artikel Berkaitan: TOTAL GROOMING CHECK: STYLIST PILIHAN EDITORIAL KEITH ONG @KEITHSTYLING

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

Bacaan Lanjut
RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI

RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
han pin glam lelaki

5 STAIL ‘OOTD’ STYLISH HAN PIN MENURUT GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI

Bacaan Lanjut
style hero

SELAIN NOH SALLEH, SIAPAKAH LELAKI DI MALAYSIA YANG LAYAK DINOBATKAN “THE STYLE HERO”?

Bacaan Lanjut

GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI

Bacaan Lanjut