MAHU TERUSKAN HIDUP, IFAN SEVENTEEN BAKAL BERNIKAH TAHUN INI
Masih ingat tragedi tsunami yang melanda Indonesia tiga tahun lalu? Ketika itu kumpulan Seventeen sedang membuat persembahan di Pandeglang, Banten sempena hari keluarga sebuah syarikat korporat.
Dalam sebuah video yang dirakam oleh tetamu, kumpulan Seventeen dilihat sedang menyanyi di atas pentas sebelum ombak tiba-tiba datang dari arah belakang dan menghentam pentas.
Cukup malang, banyak nyawa yang terkorban di dalam tragedi tersebut termasuk empat ahli kumpulan tersebut iaitu, Bani (bass), Yudhi (gitar), Herman (gitar) dan Andi (drum). Begitu juga isteri kepada Ifan (vokal), Dylan Sahara.
“Kami mula persembahan pada pukul 9 malam, kedudukan pentas membelakangi pantai dan kami tidak mendengar deruan ombak kerana mungkin bunyi muzik terlalu kuat. Saya sendiri terhempas ke tengah laut dan dapat melihat kira-kira 20 hingga 30 mayat.
“Saya tidak tahu berapa jauh saya hanyut tetapi selepas dua jam terapung-apung, akhirnya saya berjaya mencapai kotak untuk berpaut,” ujar Ifan ketika diwawancara oleh media Indonesia ketika itu.
Dan kini selepas tiga tahun, Ifan nampaknya sudah semakin pulih daripada kedukaan yang dialaminya selepas membuat pengumuman bahawa dia kini sedang bercinta dengan kekasih baharu, Citra Monica.
Demi menunjukkan kesetiaannya terhadap perhubungan ini, Ifan memadam nama arwah isterinya yang selama ini tertera di bio Instagram miliknya.
“Saya padam kerana berasa tidak adil terhadap kedua-duanya. Tidak adil buat Dylan kerana saya sudah pun memuat naik foto-foto saya bersama Citra, begitu juga buat Citra,” katanya.
Namun ini tidak bermakna dia melupakan terus arwah isterinya. Kata Irfan, kehidupan, masa lalu dan kenangannya bersama arwah tidak bersandar pada tulisan, ia jauh lebih banyak daripada itu.
Namun ada juga peminat yang melemparkan komen negatif, mengatakan penyanyi itu tidak setia. Dia menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan dugaan yang dilaluinya selama ini sangat berat.
“Dalam hati saya, anda semua tidak tahu apa yang saya alami. Ia sangat sukar,” jelasnya.
Ifan turut mengumumkan berita baik bahawa dia akan melangsungkan perkahwinannya bersama Citra yang juga rakan sekolahnya itu pada tahun ini. “Insya-Allah, mudah-mudahan pertengahan tahun ini.”
Foto: Newsmaker.tribunnews
Pautan berkaitan: RYAN DORSEY TITIP UCAPAN HARI JADI BUAT MENDIANG ISTERI, NAYA RIVERA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI
Idol lelaki Korea ini menjadi inspirasi buat lelaki moden yang percaya kekuatan sebenar datang daripada disiplin dan konsistensi bersenam.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN
Reza Rahadian terkenal sebagai pelakon yang memiliki versatiliti luar biasa dalam membawa karakter dengan penuh penghayatan.











