Skip to content

MONUMEN CRISTIANO RONALDO JADI BAHAN JENAKA

Kongsikan artikel ini

Baru-baru ini, sebuah lapangan terbang di Portugal, Madeira telah menukar nama lapangan terbangnya kepada Cristiano Ronaldo atas menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh pemain bola sepak lagenda dan berbakat itu, serta persembahan luar biasanya semasa EURO 2016. Madeira adalah tempat di mana bintang Real Madrid dan Portugal ini membesar, dan nama lapangan terbang itu ditukarkan kepada “Aeroporto Cristiano Ronaldo” berkuat kuasa 1 April 2017.

Pemain kelab Real Madrid itu dikhabarkan menjadi simbol dan sumber inspirasi kepada rakyat Portugal tentang bagaimana seorang anak kecil yang hidup susah kini menjadi atlet yang kaya raya serta inspirasi satu dunia. Ronaldo turut merasa bangga kerana penghormatan tersebut dan kelihatan sangat teruja. Dan jika sebelum ini di Madeira, sebuah muzium dan hotel turut dinamakan Muzium Ronaldo, dan Hotel Ronaldo.

Namun, yang mencuri tumpuan pada majlis itu adalah tugu beliau. Tugu beliau juga diumumkan pada majlis itu, namun ia menunjukan wajah Ronaldo seakan sedang senyum sinis, dan terus mendapat tumpuan netizen di sosial media yang rata-rata tidak menggemarinya. Malah, ada yang beranggapan ia satu penghinaan buat bintang bola sepak tersebut. Khabarnya, tugu khas itu direka oleh seorang juru pahat yang bernama Emanuel Santos.

Di alam maya khususnya, ramai netizen mula menjadikan tugu Christiano Ronaldo sebagai bahan jenaka yang sememangnya menghiburkan. Antara yang mendapat perhatian kami adalah:

Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 April 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI

Bacaan Lanjut

5 LAGU RAYA TERBAIK HAEL HUSAINI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Nik Rifa'ie

NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR

Bacaan Lanjut

JOJO HADIAHKAN IBU JAM TANGAN MEWAH ROLEX

Bacaan Lanjut

LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut