Skip to content

MOTIVASI SENAMAN TERBAIK BERSAMA DWAYNE JOHNSON

Kongsikan artikel ini

Dwayne Johnson bersama Under Armour memperkenalkan Project Rock 4 Training Shoes daripada koleksi Project Rock yang akan memberikan motivasi senaman yang terbaik.

 

“You see me sweat and work – but what you don’t see is what I do to prepare mentally. That’s half the battle.” – Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

 

Bukan hanya dikenali sebagai antara bintang filem Hollywood yang paling berkuasa hari ini, dia juga kini adalah antara atlet yang paling berdisiplin dalam mengekalkan tubuhnya yang sasa itu. Bersama Under Armour, peminat kini boleh bersenam seperti Dwayne Johnson dengan Project Rock 4 Training Shoes daripada koleksi Project Rock yang telah mendapatkan kelulusannya sendiri dalam memberikan senaman yang terbaik.

Kasut senaman Under Armour Project Rock 4 terbaharu akan memberikan lebih energi, lebih kuasa dan juga lebih kestabilan maksima. Ia juga menjanjikan keselesaan serta elemen penyejukan pada kaki untuk mengelakkan daripada menjadi terlalu panas ketika bersenam. Seperti Dwyane Johnson, kasut senaman ini akan memberikan motivasi buat peminat untuk bersenam ke tahap yang lebih tinggi.

Lebih Kuasa

Dengan teknologi UA TriBase™, kasut senaman UA Project Rock 4 ini direka untuk memberikan anda dasar yang rendah dan stabil dengan tiga titik sentuhan kritikal yang tidak akan mengganggu fleksibiliti kaki nanti.

Lebih Energi

Kasut senaman ini menampilkan teknologi UA HOVR™ sepenuhnya yang dapat memberikan rasa yang lembut dan responsif pada tapak kaki, ‘zero gravity feel’ untuk mengekalkan energi dan dapat membantu mengurangkan impak. Gabungan kusyen mewah bersama jaringan Energy Web juga akan memberikan energi pada setiap langkahan.

Lebih Stabil

Material, posisi tengah dan lateral strap TPU dapat membantu mengunci kaki pada kedudukan yang menambahkan lagi kestabilan, walaupun ketika melakukan senaman ekstrim. Desainnya yang ringan serta menggunakan jaringan yang mampu bernafas, selain bahagian atas kasut yang boleh regang dan struktur pasti tidak akan memanaskan kaki anda.

 

UA Project Rock 4 Training Shoes boleh didapati di stor Under Armour terpilih dan di laman web rasmi Under Armour dengan harga RM 629.00. Juga hadir bersama koleksi pakaian sukan buat lelaki, kanak-kanak remaja dan juga wanita.

Foto: Under Armour

Baca lebih lanjut: KENALI 3 KARAKTER BAHARU LA CASA DE PAPEL PART 5

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Descente

DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA

Bacaan Lanjut
3 REGANGAN TERBAIK UNTUK MERAWAT SAKIT PINGGANG

3 REGANGAN TERBAIK UNTUK MERAWAT SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut
5 PELAKON YANG HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN

5 PELAKON HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN

Bacaan Lanjut

5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL

Bacaan Lanjut

CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bacaan Lanjut