RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN
Raja Charles III mengetepikan satu tradisi tertua di Britain, sekali gus menyebabkan sebahagian rakyat jelata kecewa.
Bermula 1 Jun 2024, Raja Charles mengenakan bayaran buat penduduk tempatan yang ingin melawat Istana Windsor. Sebelum ini mereka yang tinggal di tapak bersejarah itu dan sekitarnya diberi kemasukan percuma. Amalan itu dipraktikkan sejak 1825 dan berterusan selama hampir dua abad.
Menurut BBC, pengunjung kini perlu membayar sebanyak £16 bersamaan RM36. Royal Collection Trust dilaporkan akan memberi diskaun 50% kepada penduduk yang mempunyai Royal Borough of Windsor and Maidenhead Advantage Card.
Kad yang boleh didapati secara atas talian itu percuma buat penduduk Royal Borough of Windsor and Maidenhead. Ia memberikan lebih 200 tawaran hebat dan diskaun untuk mengakses kemudahan tempatan dan kawasan sekitarnya.
Raja Charles III Pilih Pendekatan Moden
Ini bukanlah kali pertama Raja Charles memecah tradisi Diraja. Pada upacara pertabalan yang berlangsung pada 6 Mei 2023 di Westminster Abbey London, baginda menolak untuk menggayakan pakaian tradisional. Sebaliknya memilih untuk menyarung persalinan moden yang ditempah khas sempena upacara tersebut.
Seperti jangkaan pemerhati Diraja, Raja Charles tidak mengenakan stoking sutera dan seluar pendek yang biasanya dipakai semasa pertabalan. Sumber Diraja memaklumkan kepada The Sun bahawa “ia dianggap terlalu ketinggalan zaman”. Baginda juga tidak menyarung pakaian tentera seperti yang dijangka beberapa peminat.
Sebaliknya raja berusia 76 tahun itu mengenakan jubah vintaj, tunik pertabalan berwarna merah dan kemeja sutera rona krim yang dipadankan bersama celana Tentera Laut Diraja. Tuniknya yang diilhamkan daripada pakaian pertabalan Raja George V dan Raja George VI direka oleh Ede & Ravenscroft.
Kemeja sutera Turnbull & Asser juga diinspirasikan oleh busana kedua-dua raja itu. Ia menampilkan sulaman daun dan buah oak pada bahagian kolar dan manset. Celananya pula adalah sebahagian daripada pakaian istiadat Tentera Diraja yang sering disarungnya secara harian.
Selaras dengan dedikasinya terhadap kemampanan, Raja Charles juga memilih untuk menggayakan jubah sama yang dipakai oleh datuknya, Raja George VI pada hari pertabalannya sendiri pada 1937.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE
Putera William secara terbuka menunjukkan rasa kasih dan sayang pada Puteri Charlotte dengan memakai gelang manik pemberian puterinya.
ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN
Ramai tidak menyedari bahawa Putera Wales tidak pernah menyarung cincin sejak mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini.
DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA
Pengarang dan pengkritik makanan, Tom Parker Bowles berkongsi sedikit sebanyak tentang pemakanan yang diamalkan oleh ibu, Permaisuri Camilla dan bapa tirinya, Raja Charles.
PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH
Kekayaan Putera Harry meningkat secara mendadak pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.
GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL
Putera William memiliki estet bernilai lebih RM47 bilion yang ditubuhkan oleh Raja Edward III pada 1337 buat pewaris takhta.
10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN
Sebagai pemerintah, Raja Charles III dikecualikan daripada kebanyakan undang-undang tetapi terdapat juga beberapa peraturan yang perlu dipatuhinya.