CONVERSE SKATEPARK AKAN DILANCARKAN DI KAJANG
Berita baik buat semua pengemar sukan papan skate! Converse Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang, MPKJ akan melancarkan sebuah skatepark khas untuk komuniti yang gemarkan aktiviti ini. Direkakan khas bagi kegunaan pertandingan dan latihan persahabatan, Converse Skatepark Kajang bakal dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2017 ini di Sungai Kantan, Kajang.
Menampilkan skater-skater handalan tempatan dan luar negara dari Converse Asia Pacific (Converse APAC), acara ini ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan mini-gig oleh kumpulan rock tempatan seperti OAG dan Oh Chentaku! selain aktiviti-aktiviti manarik lain yang melibatkan makanan, muzik serta hiburan dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Antara aktiviti termasuk car-boot sale, sesi BBQ, pameran seni dan banyak lagi.
Selain itu, pelancaran Converse Skatepark Kajang ini turut menyaksikan pertandingan skate untuk empat ketagori utama di mana hadiah wang tunai berjumlah RM5000 akan ditawarkan kepada skater yang bertuah. Turut diadakan demonstarasi skateboarding dan sesi menandatangani autograf bersama Converse APAC Skate Team menampilkan Geng Jakkarin & Lert Saeri dari Thailand, Absar Lebeh dari Indonesia serta Jeff Gonzales dari Filipina.
Converse Skatepark Kajang ditubuhkan dengan bertujuan menyediakan kemudahan terbaik buat semua skaters tempatan untuk melatih dan skate, dengan harapan agar dapat melengkapkan generasi skaters untuk mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 2020 di Jepun.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER
Piala Ryder ialah pertandingan golf berkumpulan dwitahunan antara Eropah dan Amerika Syarikat. Edisi tahun ini berlangsung di Marco Simone Golf & Country Club dari 29 September hingga 1 Oktober.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Latihan ekstrem seperti rutin Crossfit mengetatkan dan menguatkan otot untuk memberi pembentukan otot dengan lebih pantas. Anda harus cuba!
ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON
US Open telah mula berlangsung 28 Ogos hingga 10 September ini sekali lagi dipertandingkan di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York.