Skip to content

RAIKAN FESYEN

Kongsikan artikel ini

Aturan parti dan keraian meraikan fesyen adalah antara agenda wajib setiap jenama bagi memperkenalkan koleksi terkini ditambah dengan kehadiran para selebriti memeriahkan majlis. RSVP membawakan parti-parti fesyen terhangat sepanjang bulan lepas untuk tatapan anda!

1. KERAIAN BURBERRY DI SEOUL

Tujuan promosi, Burberry mengadakan majlis pelancaran kempen iklan ‘The Tale of Thomas Burberry’ bertempat di butik flagship Burberry di Seoul. Setelah kempen iklan ‘The Tale of Thomas Burberry’ ditayangkan, tetamu dihiburkan pula dengan persembahan muzik oleh Will Joseph Cook dan kumpulan Beom Jun Jang serta DJ Becky Tong.

Christopher Bailey

Woo Sung Jung

2. PESTA LELAKI FENDI

Kala Minggu Fesyen Milan, Fendi mementaskan koleksi musim bunga/panas 2017 dengan menjemput kelompok fesyen, pemain kuat fesyen dan selebriti untuk duduk di kerusi baris hadapan. Selain rekaan Fendi yang mendapat sambutan, tetamu yang hadir turut menjadi tumpuan lensa kamera. Anna Dello Russo antara yang kelihatan.

3. IT’S A MAN’S WORLD

Selebriti lelaki ternama membanjiri acara fesyen Salvatore Ferragamo yang diadakan sempena Minggu Fesyen Milan. Usai pementasan Salvatore Ferragamo musim bunga/ panas 2017, barisan selebriti dibawa ke majlis ‘after party’ dan merakam gambar bersama individu penting di sebalik jenama Itali tersebut. Seperti James Ferragamo dan Luciano Bertinelli.

4. PENGARUH MILLENIALS

Dolce & Gabbana sememangnya melakukan pembaharuan dengan menampilkan wajah-wajah muda sebagai tetamu baris hadapan. Wajah-wajah muda yang popular seperti Cameron Dallas, Gabriel Kane dan Austin Butler dilaporkan hadir bergaya dalam helaian Dolce & Gabbana. Ternyata, Dolce & Gabbana mengubah hala tuju serta mengangkat generasi baru sebagai inspirasi fesyen baru.

Oleh Johan Kassim, olahan Wan Mohd Firdaus, 20 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut