SELEPAS 20 TAHUN, BEN AFFLECK SAH MENJADI SUAMI JENNIFER LOPEZ
Ben Affleck dan Jennifer Lopez, atau dikenali sebagai Bennifer akhirnya mengikat tali perkahwinan selepas 20 tahun dalam sebuah majlis kecil di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Bennifer is officially married! Ben Affleck dan Jennifer Lopez akhirnya mengikat tali perkawinan. Selepas 20 tahun sejak awal perhubungan mereka, pasangan yang juga kenali sebagai Bennifer ini sah berkahwin dalam sebuah majlis kecil-kecilan di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Jennifer Lopez yang berusia 52 tahun, manakala Ben Affleck pula berusia 49 tahun, telah mendapatkan lesen perkahwinan di Little White Chapel di Clark County, Nevada pada hujung minggu lalu. Mereka telah mengumumkan pertunangan mereka pada April tahun ini.
Pelakon “Marry Me” itu telah mengumumkan perkahwinan mereka pada peminat melalui surat berita yang bertajuk “We did it”. “Love is beautiful. Love is kind. And it turns out love is patient. Twenty years patient,” tulis Jennifer Lopez dengan tandatangan Jennifer Lynn Affleck.
Baca lebih lanjut: JOE JONAS BERGELAR BAPA BUAT KALI KEDUA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN
Selepas tiga bulan menfailkan perceraian terhadap Ben Affleck, Jennifer Lopez mencuri perhatian apabila dilihat bersama seorang jejaka kacak.
DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?
Power couple Hollywood, Ben Affleck dan Jennifer Lopez kembali menjadi topik perbualan hangat selepas dirakam beraksi mesra di sebuah hotel terkemuka.
BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?
Belum seminggu Jennifer Lopez menfailkan perceraian, Ben Affleck sudah pun meneruskan kehidupannya dan mencari cinta baharu.
7 JELITAWAN YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATI BEN AFFLECK
Dari Gwyneth Paltrow ke Ana De Armas, kenali bintang terkenal yang pernah menjadi suri hati Ben Affleck sejak tiga dekad lalu.
10 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG JENNIFER LOPEZ ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Nama JLo menjadi sebutan di seluruh dunia, namun beberapa fakta hebat mengenainya hampir dilupai peminat.
ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK
Tanggal 20 Ogos 2024 menandakan ulang tahun perkahwinan kedua buat Ben Affleck dan Jennifer Lopez. Pada tarikh sama, JLo menfailkan perceraian.