Skip to content

SWAFOTO SHAH RUKH & AAMIR KHAN BUAT NETIZEN MENGGILA

Kongsikan artikel ini

Dunia Bollywood kecoh waktu ini berikutan sekeping gambar yang viral membuatkan pencinta industri Bollywood menggila! Bayangkan, selepas 25 tahun bersaing secara sihat dalam industri perfileman Bollywood, lagenda Shah Rukh Khan dan Aamir Khan akhirnya bertemu dan berswafoto buat pertama kali dalam sejarah.

Futuristic-HD-Wallpaperssfsfsfamir - Copy

Sepanjang perjalanan karier Aamir dan Shah Rukh di dunia perfileman, sesungguhnya kedua-duanya bintang besar ini tidak pernah bekerja bersama, apatah lagi melihat mereka bergambar berdua. Ada gosip mengatakan mereka bergaduh namun swafoto ini ternyata menamatkan segala spekulasi!

Dan Sabtu lalu, Shahrukh membuat kejutan dengan memuat naik di akaun Instagramnya sekeping foto menunjukkan dia berswafoto bersama Aamir Khan, sekaligus menjadi bualan hangat pengikut di dunia maya selepas gambar itu mendapat perkongsian hebat dan 645,735 likes and counting!

Captureffsf

“Kami mengenali antara satu sama lain selama 25 tahun dan inilah kali pertama kami berswafoto. Ia adalah satu malam yang indah,” jelas Shah Rukh menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Dikhabarkan gambar terbabit diambil semasa mereka menghadiri majlis hari lahir usahawan, Ajay Bijli. Biarpun masing-masing sudah menjengah umur 51 tahun, Shah Rukh dan Aamir kelihatan tidak dimamah usia dan masih kacak seperti era ketika mereka mula-mula mencipta nama dulu. Yang pasti, ramai yang mengharapkan mereka dapat ‘disatukan’ dalam mana-mana filem mahupun projek akan datang! Ya, kami juga begitu!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 16 Februari 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut