Skip to content

TAYME THAPTHIMTHONG: AKTOR THAILAND THE WHITE LOTUS

Kongsikan artikel ini

Siapa sangka, di sebalik panorama mewah dan drama panas The White Lotus, muncul satu nama yang kini hangat diperkatakan Tayme Thapthimthong! Aktor kacak dari Thailand ini bukan sekadar pelakon baharu yang mencuri perhatian, tapi juga simbol kebanggaan Asia di pentas global.

Memegang watak Gaitok, Tayme berjaya menghidupkan karakter dengan begitu bersahaja tetapi penuh dengan pesona nakal yang membuat penonton tak keruan. Dalam temu bual eksklusif bersama Travel + Leisure, Tayme berkongsi betapa terujanya dia apabila mendapat peluang membintangi siri sensasi ini. “Saya mahu watak ini menjadi ‘true Thai character’ yang sebenar,” katanya dengan bangga. Semangat lokal yang dibawanya jelas terasa, dari lenggok bahasa tubuh sehinggalah cara dia memancarkan karisma Thailand yang autentik.

Tayme juga tidak kekok berkongsi sisi peribadinya rupanya, sebelum bergelar pelakon, dia terlebih dahulu menawan dunia peragaan! Jadi tidak hairanlah kalau setiap babak lakonannya begitu memukau, seolah-olah satu kempen fesyen mewah yang berjalan. Katanya lagi, pengalaman sebagai model banyak membantu dalam membentuk keyakinan diri di hadapan kamera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Max (@streamonmax)

Apa yang paling mencuit hati, Tayme mengakui dia sendiri pun ‘fanboy’ besar The White Lotus! Bila dapat tahu dia bakal sebahagian daripada keluarga besar produksi ini, Tayme terus lakukan maraton tontonan, siap ulang-ulang sampai hafal skrip! Komitmen sebegini memang layak diberi tabik. Luar dari set penggambaran, Tayme seorang yang sangat menghargai seni, budaya dan keindahan alam. Dia juga gemar melancong dan mencuba makanan tempatan di setiap destinasi. Dengan senyuman menawan dan personaliti yang mesra, tidak hairanlah Tayme kini menjadi kegilaan ramai.

Sebagai duta budaya tak rasmi Thailand dalam drama hit ini, Tayme tidak hanya membawa keindahan wajah Asia Tenggara ke skrin, tetapi juga memperkenalkan budaya dan pesona rakyat Thailand kepada dunia. Satu perkara pasti: nama Tayme Thapthimthong kini bukan sahaja bergema di Thailand, malah melangkaui sempadan benua.

Pautan berkaitan: TOMMY HILFIGER SAMBUT 4 JEJAKA THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI ISTERI CANTIK JAMES JIRAYU, FOAM BENJAMAS

Bacaan Lanjut

5 DRAMA & FILEM JAMES JIRAYU YANG HARUS MASUK ‘WATCHLIST’ ANDA

Bacaan Lanjut
KETAHUI 6 BINTANG THAILAND YANG PALING MENYERLAH SEPANJANG 2025

KETAHUI 6 BINTANG THAILAND YANG PALING MENYERLAH SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut
TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK

TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK

Bacaan Lanjut

RAY-BAN X JEFF SATUR: IKON UNTUK LELAKI MODEN KINI

Bacaan Lanjut
STAYBRIDGE SUITES BANGKOK SUKHUMVIT: RUMAH KEDUA DI TENGAH KOTA RAYA

STAYBRIDGE SUITES BANGKOK SUKHUMVIT: RUMAH KEDUA DI TENGAH KOTA RAYA

Bacaan Lanjut