Skip to content

Fattah Amin

THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023

Kongsikan artikel ini

Untuk edisi digital September 2023, GLAM Lelaki mempersembahkan pelakon kacak penuh bakat, Fattah Amin yang sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya dan juga kehidupannya sebagai seorang suami serta bapa. 

Bakat lakonan milik lelaki berusia 32 tahun ini tidak perlu disangkal lagi. Dari barisan siri drama hangat kepada filem blockbuster pecah panggung, Abdul Fattah Mohd Amin atau popular dengan nama pentas Fattah Amin tidak mahu lagi berhenti dengan pencapaian yang telah dikecapinya setakat ini. Kini, pelakon “Mat Kilau” ini sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya dan juga kehidupannya sebagai seorang suami kepada Nur Fazura dan bapa kepada Nur Fatima Aisya.

Fattah Amin

Baju hoodie pixelated dan seluar peluh daripada LOEWE

GLAM Lelaki berkesempatan untuk menemu bual bersama Fattah Amin untuk edisi digital September 2023:

1. Fattah Amin dalam 3 patah perkataan.

Adventurous, considerate dan inquisitive.

 

2. Apakah perkara yang ramai tidak tahu mengenai Fattah Amin?

Saya seorang yang sangat mementingkan quality over quantity. Serta saya tak suka melakukan sesuatu perkara yang sama. Pada saya, saya mahu sentiasa nak capai sesuatu yang baharu dalam hidup ini.

 

3. Apakah perkembangan terkini anda?

Sekarang, saya masih lagi dalam proses menghabiskan baki penggambaran untuk sebuah filem epik yang masih dirahsiakan.

 

Fattah Amin

Jaket denim, kemeja monogram & seluar denim daripada LOUIS VUITTON

 

4. Apakah projek seterusnya buat anda?

Insya-Allah saya akan muncul dalam sebuah filem seram yang bakal keluar tidak lama lagi. Apa yang menarik adalah ia merupakan filem pertama saya bersama produksi dari Indonesia. Hampir keseluruhan proses penggambaran dijalankan di Jogjakarta, Indonesia bersama dengan seorang pengarah yang terkenal dari seberang.

 

5. Apakah pencapaian yang paling membanggakan sebagai anak seni?

Pencapaian yang paling membanggakan sebagai anak seni adalah memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

 

6. Siapakah idola Fattah dalam industri lakonan?

Sudah pastinya legenda agung perfileman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

 

7. Apakah maksud ‘lelaki’ pada Fattah?

Lelaki adalah seorang khalifah dan juga pelindung.

 

Fattah amin

Baju kait logo, seluar pendek, legging & but logo daripada DIOR

 

8. Stigma tentang lelaki yang anda mahu ubah?

Lelaki tidak boleh malu. Perkara ni memang dari kecik lagi susah saya nak buang tapi itu tak bermaksud ia menjadi penghalang untuk kita mengejar cita-cita. You must fight assumptions and doubts about yourself.

 

9. Current playlist?

Current playlist saya adalah lagu-lagu daripada Maher Zain.

 

10. Hobi baharu yang anda suka atau mahu cuba tahun ini?

Sukan berkuda. Saya sudah mula berjinak dengan sukan horse riding. Dan saya teringin juga untuk lebih mahir dalam sukan memanah berkuda.

 

11. Apakah perubahan yang paling ketara selepas bergelar seorang bapa?

Masa. Sekarang, kebanyakan daripada masa saya habiskan untuk bersama keluarga. Selepas bergelar bapa, hilang terus definasi ‘lepak’ dalam kamus hidup saya. Hari ini saya hanya akan keluar jika ada keperluan.

 

Fattah Amin

Kemeja-t & kilt daripada MOSCHINO

 

12. Apakah perkara yang anda belajar daripada Nur Fatima Aisya?

Fatima mengajar saya untuk bersabar dalam banyak perkara. Dan pada masa yang sama, saya sangat terhibur dengan keletah Fatima yang menjadi penghibur untuk kami sekeluarga.

 

13. Perkara yang anda belajar daripada Fazura selepas berkeluarga?

Menjadi pasangan yang sentiasa ada pada setiap masa. Fazura mengajar saya untuk berkongsi dalam setiap perkara, rasa susah dan senang bersama. Saya juga banyak terinspirasi pada Faz yang bersifat pemurah, sangat mementingkan kegembiraan pada orang terdekatnya serta mementingkan suasana yang positif di sekelilingnya.

 

14. Tiga perkara yang anda tidak suka?

Saya tidak suka orang menunggu saya, tak suka dimalukan dan saya tidak suka membuang masa.

 

15. What’s next for Fattah Amin?

Saya masih berusaha untuk menjadi ‘Best Actor’ dan pada masa yang sama kini saya sudah menjinakkan diri untuk menjadi penerbit dan pengarah. Hampir kebanyakan video kempen di bawah jenama FAZURA adalah diarahkan oleh saya. Saya sangat passionate melakukannya. Bersama isteri, kami sama-sama sedang fokus untuk meluaskan lagi empayar perniagaan kami. Bukan sahaja di Malaysia malah berkembang ke luar negara.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

pengarah kreatif AIZAT AIDID teks, penyelaras & penata gaya MUZAMMIN MUZLAN arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar AARON LEE/ LENSWORKS STUDIO solekan SAHIR SABRI dandanan CODY CHUA pelatih amali ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH pakaian DIOR, LOUIS VUITTON, LOEWE & MOSCHINO

 

Baca lebih lanjut: “EXPECT SOME MUSIC FROM ME THIS YEAR!” – SEAN LEE, GLAM LELAKI JULAI/OGOS 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN

Bacaan Lanjut
5 DUDA HOT PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA

5 DUDA ‘HOT & AVAILABLE’ PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024

Bacaan Lanjut
mile apo

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton Men

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOUIS VUITTON MEN FALL WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut