Skip to content

THEEBAAN KONGSI PETUA CAPAI TAHAP FITNESS TERBAIK

Kongsikan artikel ini
3 of 5

Apakah kepentingan ketahanan dan latihan kecergasan menjelang hari pertandingan?

Latihan ketahanan, kekuatan atau sebarang latihan lain adalah sama pentingnya. Anda mungkin mempunyai semua kekuatan dan kemahiran di dunia, tetapi tanpa ketahanan, kekuatan atau kemahiran, anda akan kecundang apabila banyak pusingan telah berlalu. Namun sebaliknya, jika anda mempunyai semua ketahanan di dunia, tetapi tanpa latihan kekuatan yang sepatutnya, anda mungkin tidak dapat melepasi cabaran kecergasan seterusnya yang anda bakal hadapi.

Saya rasa apa yang saya cuba katakan di sini ialah latihan ketahanan adalah sama pentingnya dengan komponen latihan yang lain – sama ada kekuatan atau kardio. UA Combine akan menjadi satu cabaran besar di mana daya tahan, kuasa, stamina, ketangkasan, kekuatan, vertikal, kelajuan dan kognisi saya akan diuji. Jadi, adalah penting bagi saya untuk melatih bukan sahaja pada ketahanan, tetapi pada aspek-aspek tahap kecergasan secara keseluruhan untuk membantu saya memonopoli pertandingan nanti.

THEEBAN KONGSIKAN PETUA MENCAPAI TAHAP FITNESS TERBAIK

Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara kekuatan dan ketahanan serta apakah latihan yang sesuai untuk kedua-duanya?

Untuk membezakannya secara ringkas, kekuatan adalah keupayaan badan anda untuk menahan tekanan luaran, manakala ketahanan adalah keupayaan anda untuk melakukan aktiviti tertentu untuk tempoh masa tertentu. Dalam konteks ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang fighter.

Sebagai seorang fighter, badan saya perlu kuat, sekuat yang ia mampu bertahan. Sama ada untuk menghentam badan orang atau dipukul berkali-kali dalam tempoh 25 minit, kedua-dua kekuatan dan ketahanan memainkan peranan yang sangat penting. Beberapa latihan kegemaran saya di gim yang biasanya saya lakukan untuk membina kekuatan dan ketahanan adalah power cleans, barbell thrusters, pull ups, squats dan banyak lagi.

3 of 5

By Ameerul Hamzah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut
UNDER ARMOUR SAMBUT PERCUTIAN PENUH KECERGASAN

MULAKAN TAHUN BARU PENUH AKTIF DENGAN UNDER ARMOUR

Bacaan Lanjut
PEAK FITNESS MEMBAWA KECERGASAN BERTARAF DUNIA DI TRX

PEAK FITNESS MEMBAWA KECERGASAN BERTARAF DUNIA DI TRX

Bacaan Lanjut

#CHALLORUN, GLAM LELAKI SENARAIKAN LIMA CHALLO BOYS BERTUBUH PALING FIT, SIAPA DI TEMPAT PERTAMA?

Bacaan Lanjut
SANDALS

10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut