THEEBAAN KONGSI PETUA CAPAI TAHAP FITNESS TERBAIK
Apakah kepentingan pemulihan otot selepas bersenam?
Hari pemulihan dan hari rehat adalah sangat penting untuk perkembangan otot. Sama pentingnya dengan latihan, penjadualan hari rehat juga amat dititikberatkan. Dengan UA Combine semakin hampir, adalah sangat penting bagi saya untuk makan dengan baik dan tidur lena untuk prestasi yang optimum pada hari pertandingan itu sendiri. Jika perlu, saya juga akan melakukan beberapa senaman ringan untuk menggalakkan pemulihan otot saya. Pemulihan adalah berkadar terus dengan prestasi dan untuk pengetahuan semua, overtraining adalah perkara yang BENAR. Jadi elakkan!
Apakah kesan kepada latihan jika tidak menjalani pemulihan otot yang efektif?
Kecederaan. Badan yang tidak mendapat rehat yang cukup adalah punca utama untuk kecederaan otot berlaku. Patuhi keperluan badan anda dan dapatkan rehat yang secukupnya.
Adakah anda mempunyai sebarang perancangan pemakanan atau keperluan diet semasa tempoh latihan?
Saya tidak mengamalkan rancangan pemakanan khusus. Saya makan untuk menyemarakkan sesi latihan saya dan rutin harian saya. Saya makan hidangan berkarbohidrat tinggi secara rutin kerana saya tidak boleh hidup tanpanya. Bagi saya, rancangan pemakanan peribadi saya adalah untuk memastikan perut dan fikiran saya seceria mungkin.
Antara senaman dan pemakanan, yang manakah lebih berkesan untuk membina otot dan kekuatan?
Kedua-duanya adalah sama pentingnya. Anda tidak boleh mengamalkan salah satu sahaja. Paling penting, jangan pernah menghalang badan anda daripada makan. Saya kadang-kadang melihat pengunjung gim melakukan diet gila, di mana mereka makan secara sangat minimum dan saya benar-benar tidak bersetuju. Defisit kalori adalah konsep yang kukuh. Bagaimanapun, ia tidak bermakna anda patut membiarkan badan mengalami kelaparan. Makanan adalah penting dan badan anda memerlukan bahan bakar daripadanya! Jadi bersenam dan pemakanan perlulah seiring dalam mencapat tahap fitness terbaik.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI BAHARU DUNIA FITNESS MALAYSIA: ‘NEXT-GEN FITFLUENCERS’
Temui barisan fitfluencer, ikon baharu dunia fit Malaysia yang sedang mencipta nama dan memberi inspirasi di media sosial.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
MULAKAN TAHUN BARU PENUH AKTIF DENGAN UNDER ARMOUR
Under Armour menyediakan kelengkapan larian dan pakaian serba guna sebagai hadiah Krismas untuk diberi kepada orang tersayang.
PEAK FITNESS MEMBAWA KECERGASAN BERTARAF DUNIA DI TRX
Peak Fitness, peneraju pantas dalam sektor kesihatan dan kecergasan kini melancarkan outlet utama mereka di Exchange 106, TRX, Kuala Lumpur.