Skip to content

WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK

WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Ernie Zakri mengikut jejak langkah beberapa penyanyi tempatan dengan muncul di papan iklan gergasi di Times Square New York.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ernie Zakri meluahkan rasa teruja dan tidak percaya kerana terpilih menjadi artis pilihan Spotify bulan ini. “Dreams do come true. Your girl is the EQUAL ambassador of the month! Mama, kita ada kat Billboard NYC!”

ernie zakri

Foto: Instagram

Terkenal dengan vokal mantap, pelantun Ku Bersuara ini gembira melihat segala penat lelahnya membuahkan hasil. Dia menganggap penghormatan ini sebagai satu kejayaan terbesar yang diraihnya sebagai penyanyi. “Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Saya tak pernah terbayang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang dikenali di seluruh dunia,” katanya, memetik laporan Utusan.

Pencapaian ini turut membakar semangatnya untuk terus menghasilkan lebih banyak karya tahun ini. “Saya bercadang untuk mengeluarkan lebih banyak lagu dan mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. Banyak yang sudah saya rancang jadi tolong doakan semuanya dipermudahkan,” sambungnya lagi.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Bacaan Lanjut
syamel ernie

10 LAGU TERBAIK SYAMEL & ERNIE ZAKRI MENURUT GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
10 LAGU MELAYU DALAM CARTA TERTINGGI SPOTIFY

10 LAGU MELAYU DALAM CARTA TERTINGGI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
ALASAN MENGAPA SABHI SADDI NEKAD TINGGALKAN INDUSTRI HIBURAN

ALASAN MENGAPA SABHI SADDI NEKAD TINGGALKAN INDUSTRI HIBURAN

Bacaan Lanjut
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI

10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY

10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut