Skip to content

6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Koleksi Baju Melayu untuk Raya 2026 kali ini sudah mula dipaparkan. Pelbagai jenis koleksi menarik boleh dilihat. 

Setiap kali Syawal menjelang, baju Melayu bukan sekadar pakaian tradisi, tetapi cerminan identiti lelaki hari ini. Dari potongan yang lebih bersih, fabrik yang ringan, hingga palet warna yang semakin berani dan matang, gaya Raya terus berevolusi mengikut zaman.

Untuk Raya 2026 kali ini, GLAM Lelaki menelusuri jenama tempatan yang bukan sahaja memahami warisan, tetapi berani mentafsirkannya semula untuk lelaki moden. Mereka seimbang antara tradisi, fungsi dan estetika kontemporari. Kami telah memilih 6 jenama yang menarik perhatian, dan boleh dijadikan rujukan untuk anda membeli.

#1 Khatam

Khatam dikenali dengan pendekatan moden yang berteraskan seni dan ketelitian. Jenama ini menampilkan Baju Melayu sebagai satu bentuk ekspresi lelaki kontemporari — bersih, berstruktur dan sofistikated, sesuai untuk mereka yang menghargai estetika minimal dan kemasan halus. Tahun ini, Khatam hadir dengan empat koleksi Baju Melayu buat Raya 2026.  Patawali, Pesatiga, Siri OG’ serta Siri Lembar masing-masing hadir dengan keunikkan masing-masing. Siri OG’ ditambah dengan 4 rona baharu sambil mengekalkan 4 rona asal mereka. Bagi Siri Lembar, 5 warna diperkenalkan. Kelima-lima warna cukup trendy dan versatil. 41 rona asal dari koleksi Patawali dikekalkan, dengan penambahan 21 lagi rona baharu, istimewa untuk tahun 2026.

#2 Bulan Bintang

Bulan Bintang ialah jenama yang berjaya mentakrifkan semula baju Melayu untuk generasi massa. Rekaan yang segar, kempen berimpak tinggi dan pendekatan inklusif menjadikan jenama ini simbol gaya Raya moden yang mudah diakses, tanpa mengorbankan identiti tradisi. Setiap tahun, nama-nama besar bakal dikaitkan dengan Bulan Bintang sempena kempen Hari Raya mereka. Untuk Hari Raya 2026, Syafiq Kyle, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Shukri Yahaya dan Sharnaaz Ahmad antara yang menjadi duta koleksi kali ini. Dengan hampir 100 warna yang tersedia, potongan Slim Fit, Teluk Belanga dan Traditional Fit mereka menjadi pilihan.

#3 Qhiam

Qhiam berdiri di persimpangan antara ketenangan dan keanggunan. Dengan fokus pada potongan kemas, fabrik berkualiti dan palet warna lembut, jenama ini meraikan kesederhanaan yang matang — untuk lelaki yang memilih gaya tenang tetapi berprinsip. Dengan Noh Salleh sebagai wajah utama kempen kali ini, Qhiam hadir bersama Baju Melayu Teluk Belanga, Cekak Musang, serta Kurta dalam koleksi Nohstalgia Galur. Selain Baju Melayu, Qhiam turut hadir dengan 9 rekaan samping yang unik dan pelbagai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Qhiam (@qhiam.official)

#4 KALMHS

KALMHS menekankan konsep ketenangan dan keseimbangan dalam berpakaian. Setiap koleksi direka untuk keselesaan dan keanggunan harian, dengan baju Melayu yang ringkas, kontemporari dan mudah digayakan merentas suasana. Tahun ini, KALMHS hadir dengan satu koleksi yang cukup unik. Rekaan baju melayu KALMHS mempunyai kolar Mandarin sebagai lambang Tahun Baru Cina dan Ramadhan yang berdekatan hari. Dengan tiga warna yang amat menarik, koleksi Redam semestinya menangkap mata kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KALMHS (@kalmhs)

#5 Putih RTW

Putih menjadikan warna sebagai simbol utama — kesucian, keikhlasan dan tradisi. Jenama ini mengangkat baju Melayu klasik dengan sentuhan moden, mengekalkan roh warisan sambil menyesuaikan potongan untuk lelaki masa kini. Tahun ini, koleksi Pahlawan diperkenalkan. Mereka hadir dengan variasi Baju Melayu Cekak Musang dan Teluk Belanga buat lelaki, kanak-kanak dan bayi. Dengan lebih daripada 12 warna bersama pelbagai tona, pemilihan warna tahun ini semestinya lebih mudah dengan Putih RTW.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putih (@putih.rtw)

#6 Jakel

Sebagai nama besar dalam industri tekstil tempatan, Jakel terus kekal relevan dengan menawarkan pilihan baju Melayu yang luas — dari klasik ke moden. Jenama ini sinonim dengan kualiti, konsistensi dan kepercayaan turun-temurun. Turut dihiasi dengan wajah-wajah tempatan sebagai duta, Jakel memberi kepelbagaian dari segi warna untuk koleksi Baju Melayu Raya 2026. Que Haidar, Kamal Adli, Zarif Ghazzi, Nabil Ahmad, Senario serta ramai lagi menjadi wajah Jakel tahun ini. Bukan sekadar Baju Melayu Cekak Musang dan Teluk Belanga tersedia, malah kurta dengan kolar yang sama turut dijamu untuk tahun ini, dengan pelbagai warna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZARIFGHAZZI (@zarif_ghaz)

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Bacaan Lanjut

GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI

Bacaan Lanjut

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

ETIKA PEMAKAIAN DI HARI RAYA: BAJU MELAYU ATAU KURTA

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Hatta Dolmat Raya

RAIKAN PAGI RAYA 2024 BERSAMA HATTA DOLMAT

Bacaan Lanjut