Skip to content

NEW BALANCE ABZORB 1890: REKA BENTUK BARU LEBIH FUTURISTIK 

Kongsikan artikel ini

New Balance memperkenalkan ABZORB 1890. kasut lifestyle terbaru yang menggabungkan warisan ikonik dengan reka bentuk futuristik dan keselesaan SBS ABZORB. 

ABZORB 1890

Model kasut lifestyle terbaru yang menggabungkan warisan jenama dengan elemen teknologi yang jelas kelihatan. Berakar daripada model arkib New Balance, Kasut ini menampilkan bahasa reka bentuk baharu yang unik. Sambil mengekalkan keselesaan ikonik melalui tapak kasut SBS ABZORB sepanjang kaki dari model 2002. Bahagian atas kasut pula memperlihatkan corak gelombang tanpa jahitan di atas mesh yang terbuka. Memberi kan keunikkan kepada reka bentuk asal 890v3. Manakala “teardrops” reflektif pada bahagian depan menambahkan lagi sentuhan futuristik.


James Lee, Ketua Pereka, berkongsi bahawa proses mereka bentuk model ini banyak berfokus pada penyempurnaan elemen sedia ada. Reka bentuk baru ini sama sekali tidak menjejaskan keaslian reka bentuk asal. “Matlamat kami adalah untuk mengekalkan keseimbangan antara moden dan autentik. Memodernisasikan siluet yang saya sendiri pernah gunakan suatu ketika dahulu memberi pengalaman yang sangat bermakna,” jelasnya.

Kempen ABZORB 1890 dirakam oleh jurugambar Nikolai Ahn di Seoul, Korea Selatan, menampilkan keseimbangan kasut ini antara bandar yang meriah dan lanskap semula jadi yang menenangkan. Di Malaysia, ABZORB 1890 boleh didapati bermula 12 Mac 2026 di newbalance.com.my serta stor New Balance di Pavilion KL dan The Exchange TRX, dengan siri kedua akan menyusul pada 26 Mac 2026.

Artikel Berkaitan: NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE ORDINARY KINI DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Bacaan Lanjut
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

5 SPOT HANGOUT PILIHAN GEN Z PADA TAHUN 2025

Bacaan Lanjut

NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI

Bacaan Lanjut
coco gauff

BINTANG TENIS COCO GAUFF TAMPIL MENGANCAM DENGAN NEW BALANCE X MIU MIU 2025!

Bacaan Lanjut
Piquadro

PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI

Bacaan Lanjut