GLAM LELAKI Promosi – Julai 2017
Menang!
Menangi 8x jam tangan daripada Ice-Watch bernilai RM6,072 kesemuanya!

CERMINAN MINIMALIS ICE TIME
Bila disebut jenama Ice-Watch, imej yang terpampang di dalam kotak fikiran ialah jam-jam sporty yang berteraskan warna terang dan berjiwa remaja. Jangan terkejut. Berlainan daripada rekaan bold dan distingtif itu yang sudah biasa kita asosiasikan dengan jenama ini, koleksi terbaru daripada
Ice-Watch yakni ICE time menampilkan stail yang lebih klasik yang cukup sesuai untuk dipakaikan ke mana-mana acara. Jam tangan koleksi Ice- Watch ini dilengkapi dengan case keluli bulat 41mm yang menawan dengan perincian yang lebih mantap, kukuh dan licin.
Hasil pembuatan jam tangan ICE time ini menyerlahkan gaya si pemakai dengan rekaan minimalis yang berjiwa retro. Dail memaparkan nombor yang mudah untuk dibaca, disusun di atas latar matt atau kanvas dalam seleksi warna hitam, putih, perak, kelabu, biru atau putty atau jam model lelaki. Pelbagai variasi warna juga ditawarkan, termasuk case keluli bersalut hitam, karamel, perak ataupun kuning matt dengan 3 pilihan warna tali kulit yang maskulin nan elegan. Dengan rekaan yang straightforward namun punyai perincian halus yang membangkitkan aura classy dan matang, ICE time mencerminkan keindividuan anda, baik untuk bisnes ataupun penggayaan harian.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RIMOWA RAI TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT MELALUI GERAKAN DAN KETAHANAN
Tahun baru 2026 disambut dengan koleksi dan kempen terbaru RIMOWA, menampilkan Greg Hsu dan maestro Opera Peking, Geng Qaoyun.
8 FAKTA MENARIK TENTANG BIDUANITA NEGARA DATO’ SERI SITI NURHALIZA
8 fakta menarik tentang Dato’ Seri Siti Nurhaliza, dari permulaan kerjaya, pencapaian antarabangsa & gelaran Biduanita Negara
KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026
2026 menjadi tahun yang direbuti oleh kumpulan K-Pop untuk mengadakan comeback yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
5 DJ GENERASI BAHARU YANG KINI SEDANG HANGAT DI MALAYSIA
Didorong oleh DJ muda di Malaysia yang baharu, berani,dan penuh identiti, scene tempatan kini tidak lagi terikat pada satu bunyi atau acuan.
MINIMAL PRINTS, BAGGY, SIMPLE DAN CLEAN LOOK ANTARA TREND STREETWEAR 2026
Trend Streetwear 2026 menampilkan minimal prints, potongan baggy, rekaan simple dan clean look sebagai teras gaya generasi baharu.
10 SELEBRITI DI KARPET MERAH GOLDEN GLOBE 2026 PILIHAN GLAM LELAKI
Karpet merah Golden Globe 2026 menjadi medan pertembungan antara glamor klasik dan keberanian moden oleh selebriti yang hadir.











