GLAM LELAKI Promosi – Julai 2017
Menang!
Menangi 4x jam tangan daripada Claude Bernard bernilai RM6,132 kesemuanya!

EKSPRESI JIWA KOMPETITIF
Sekiranya aktiviti lasak atau aksi bersukan sudah menjadi perkara biasa dalam kalendar mingguan anda, apatah lagi yang melibatkan sukan air kompetitif, jenama jam tangan Swiss, Claude Bernard menampilkan model-model signature Claude Bernard Aquarider yang direka khas untuk melengkapi gaya hidup aktif anda. Berukuran diameter 44mm, jam tangan Claude Bernard Aquarider ini dimuatkan caseback yang padat dan kukuh. Bezel hitam di bahagian luar yang mengelilingi permukaan jam pula menawarkan jarak penglihatan optimum tika ligat bersukan.
Dailnya pula diperbuat daripada keluli tahan karat dan jam ini juga kalis air sehingga 220 meter. Namun, biarpun Claude Bernard Aquarider adalah jam tangan kronograf bercirikan sporty dan ‘rugged’ yang menjadi teman ideal untuk aktiviti sukan air kompetitif seperti jet ski, rekaannya yang klasik dan ringkas membenarkan transisi gaya antara yang kasual dan yang formal dengan mudah. Claude Bernard Aquarider kronograf ini datang dalam tiga pilihan warna yakni hitam enamel, perak putih dan biru akuamarin. Hitam mencerminkan misteri personaliti seorang lelaki manakala perak putih dan akuamarin menggambarkan pesona laut yang tenang. Klasik namun kontemporari, jam tangan kronograf Claude Bernard ialah satu aksesori lambang lelaki yang bercitarasa tinggi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
GL ‘5 UNDER 25’: HAKIMI NOORDIN, “MEMILIKI CIRCLE YANG SOLID SECARA TAK LANGSUNG MENGUBAH CARA KITA BERFIKIR.”
Hakimi Noordin bermula sebagai model dan kini mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan pula. Dia mahu mendalami bidang lakonan sebaiknya.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian eksklusif untuk lelaki masa kini. Palm Springs terkenal dengan cuaca ekstrem. Suhu di sana sering mencecah tahap membakar kulit. Lelaki perlu sentiasa tampil kemas dan segak. Berikut adalah strategi rapi untuk mengekalkan ketampanan serta kulit muka yang sihat lagi…
ZENITH PERKENALKAN CHRONOMASTER SPORT DAN TAMBAHAN DUA MODEL G.F.J. BAHARU.
Menerusi Watches and Wonders 2026, Zenith memperkukuhkan barisan Chronomaster Sport juga menambah dua model G.F.J. baharu.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LINE-UP IS OUT! INI BARISAN PENYANYI YANG BAKAL BERADA DI ASIA TOP MUSIC FESTIVAL 2026
Pada hujung bulan Mei, Malaysia bakal dihangatkan dengan kehadiran bintang Asia dia Asia Top Music Festival 2026, di Sepang.











