AESOP DAN RICK OWENS
PERTEMUAN LUAR BIASA ANTARA FIGURA FESYEN MENCETUS KOLABORASI PALING DITUNGGU-TUNGGU. KOLEKSI EDISI TERHAD DEDIKASI KEPADA SINERGI ANTARA AESOP DAN RICK OWENS.

Koleksi edisi terhad ini mengandungi set lilin aromaterapi yang tersedia dalam tiga saiz dan kit kembara. Untuk kit kembara barisan produk penjagaan rambut dan badan dalam saiz kuartet. Termasuk juga jersey wrap dan haruman Stoic Eau de Toilette yang dicipta khas dengan manik seramik. Kolaborasi ini juga adalah dedikasi terhadap ilham ringkas serta rekaan serba nonconformist.

Aesop dan Rick Owens telah lama menyatakan rasa kagum mereka terhadap pendekatan reka bentuk yang berbeza antara satu sama lain, dengan Owens telah menggunakan produk penjagaan rambut dan badan Aesop secara eksklusif selama bertahun-tahun. ‘Saya tidak pasti sama ada badan saya bertindak balas secara positif terhadap alchemy yang mereka hasilkan atau kepala saya bertindak balas terhadap estetikanya, tetapi balm Aesop sangat menenangkan sehingga saya teruskan dengan menggunakan dengan lancar sepanjang di rumah saya dan sewaktu kembara,’ kata Owens. Hasrat ini telahoun direalisasikan menerusi kit kembara dan kandungannya yang disusun dengan teliti. Termasuk formulasi kegemaran Owens yakni Pembersih Badan Coriander Seed, Resolute Hydrating Body Balm, syampu dan perapi klasik. Kit ini juga mengandungi wangian yang menawan, untuk dialami dalam pelbagai cara.
Artikle berkaitan AESOP MEMANIPULASI MANFAAT PARSLEY SEED
Aroma Stoic Eau de Toilette telah dihasilkan dengan kerjasama pakar wangian Barnabé Fillion. Aroma pedas tercetus melalui intipati Black Pepper dan Coriander Seed adalah refleksi kepada personaliti Rick Owens manakala nota Frankincense dan woody membangkitkan semangat Aesop yang seimbang. Nota Patchouli melengkapi aroma lebih segar disertakan 10 manik seramik sebagai pengunaan tahan lama. Idea ini dicadangkan oleh Rick Owens seperti azimat yang menenangkan dan boleh dipakai sebagai gelang, diletakkan di atas meja sisi katil atau letak dalam beg kembara. Objek ini mempunyai daya tarikan ritual yang mengaitkan hubungan antara wangian dan pemakainya lebih intim.
Balutan jersi yang menyelubungi kit kembara ini diperbuat daripada kapas organik yang diperakui, bahan yang telah menjadi ciri khas reka bentuk Owens. Dipakai sebagai pembalut pergelangan tangan atau bandana, ia menampilkan jalur dua grosgrain berjenama bersama—yang merupakan signature Rick Owens.
Koleksi edisi terhad ini sudahpun berada di pasaran dan boleh dapatkan di aesop.com dan butik Rick Owens seluruh dunia.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.











