WANGIAN SEGAR COACH FRAGRANCE DI GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023
Coach Fragrance bersama barisan kesegaran wangian melewati seisi ruang khas di malam GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party.

Coach merupakan jenama mewah dengan reputasi ketukangan yang berkualiti. Ditakrifkan oleh semangat bebas dan bervisi moden. Antara barisan wangian Coach Fragrance yang menjadi pilihan pada malam itu seperti Coach Dreams Eau de Parfum, Wild Rose Eau de Parfum, Platinum Eau de Parfum, Floral Eau de Parfum.
Malam yang penuh istimewa buat GLAM dan GLAM Lelaki yang bertemakan The Great Outdoor menggamit suasana. Ruang istimewa ini berlatarbelakangkan visual seperti taman bunga menarik perhatian tetamu yang hadir. Ruang ini bersifat peribadi dan punya elemen kebebasan. Bebas memilih wangian pilihan yang melambangkan personaliti diri.
Ruang ini bersifat peribadi dan punya elemen kebebasan

Kempen Coach For Men dibintangi oleh wajah global Coach, Michael B. Jordan dengan hasil kerjasama pengarah seni Fabien Baron, jurugambar Craig McDean dan penata Jane How. Michael B.Jordan serlahkan sifat maskulin dan wajahnya menepati ciri lelaki Hollywood yang tulen. Rekaan botol kaca Coach For Men merujuk kepada warna midnight blue, juga kod ikonik Coach dan memberi penghormatan pada warisanya. Penutup yang disemburkan logam besi berbentuk seperti kunci adalah elemen pertama diperkenalkan pada tahun 1954.
Artikel Berkaitan LIVESTREAM PERTUNJUKAN KOLEKSI COACH FALL 2023 DI SINI – GLAM LELAKI
Coach For Men pula membangkitkan semangat energetik, seorang lelaki yang gemarkan risiko dan beremosi romantisme. Sifat ingin tahu itulah lambang Coach For Men, malah punya sikap New York, keaslian Amerika.

Nadhir Nasar
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI
Rizal Rasid merupakan antara ahli dengan fesyen yang penuh gaya dan versatil, diiktiraf oleh ahli ALPHA sendiri!
5 FILEM TERBAIK LAKONAN NADHIR NASAR
Bagi meraikan Chelot, lihatkan lima filem terbaik lakonan pelakon 29 tahun ini.
APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA
Sebagai penghias muka hadapan isu September 2026 GLAM Lelaki, ALPHA turut berkongsi wangian kegemaran mereka.
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI
Filem Chelot yang kini nombor satu di Malaysia hadir dengan barisan pelakon tempatan yang amat dikenali dengan bakat lakonan mereka.
6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968
Sama seperti Kudrat 1968 yang sedang menjadi bualan, enam high school series tempatan ini juga boleh menjadi tontonan!
YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA
YSL Beauty sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam dunia kecantikan dan budaya pop menerusi penganjuran YSL Beauty Block Party.











