Skip to content

alphamen 2023

#GLALPHAMEN2023 ‘FRAGRANCE GAME CHALLENGE’ BERSAMA MONTBLANC EXPLORER PLATINUM

Kongsikan artikel ini

Siapakah yang bergelar juara? GLAM Lelaki mengadakan ‘fragrance game challenge’ bersama Montblanc Explorer Platinum dan 10 personaliti #GLAlphamen2023 untuk edisi “Our Heroes” tahun ini.

Alphamen kembali lagi! Tahun ini, GLAM Lelaki Kembali membawakan acara tahunan yang dinanti-nantikan dengan menampilkan barisan hero alfa yang cukup menginspirasikan. Bersempena dengan ini, GLAM Lelaki telah mengadakan ‘fragrance game challenge’ bersama Montblanc Explorer Platinum dan 10 personaliti untuk edisi “Our Heroes” tahun ini.

Kali ini, GLAM Lelaki menampilkan pelakon, penyanyi, pereka fesyen dan usahawan yang terlah berjaya dalam latar kerjaya masing-masing. Mereka adalah Alif Satar, Tomok, Hugh Koh, Hisyam Hamid, dan Blink. Tidak ketinggalan Beto Kusyairy, Tony Eusoff, Roberto Guiati, Dato’ Sri Bernard Chandran dan juga Khoon Hooi.

 

Pengembaraan Montblanc Explorer Platinum

Dengan edisi terkini daripada keluarga Explorer, Montblanc Fragrance memperkenalkan wangian kedua Montblanc Explorer Platinum untuk merakamkan semangat hero pengembaraan yang baharu. Minyak wangi buat lelaki ini mengekspresikan semangat kembara yang tiada sempadan. Ia memberikan situasi mencabar buat seorang hero yang mahukan cabaran baharu dalam kehidupan.

montblanc explorer

Eau de Parfum ini dibuka dengan wangian yang lebih terang pada nota hijau seperti Grapefruit, Violet Leaves dan esen Clary Sage. Ini memberikan nota kristal yang lebih segar, persis salji dan kedinginan ais. Ia juga ditingkatkan dengan Cedarwood Alaska dan nota amber yang elegan untuk menghasilkan tekstur kayu yang menggabungkan nota musky yang diperkaya.

Seperti pengembaraan yang dibiaskan oleh wangian Montblanc ini, GLAM Lelaki telah mengadakan dua cabaran buat kesemua 10 Alphamen tahun ini untuk mencabar deria bau mereka.

 

Game Challenge 1 – What’s In My Perfume

Untuk cabaran pertama ini, 5 hero Alphamen 2023 perlu meneka kandungan utama dalam wangian Montblanc Explorer Platinum terbaharu. Siapakah antara Hisyam Hamid, Khoon Hooi, Beto Kusyairy, Tony Eusoff dan Alif Satar yang berjaya untuk meneka kandungan utama dalam wangian Montblanc tersebut? Saksikan sehingga penghujung video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Game Challenge 2 – Match The Fragrance

Dalam cabaran kedua ini pula, 5 hero Alphamen 2023 perlu memadakan wangian Montblanc yang telah disemburkan pada kertas blotter. Kali ini, mereka harus menggunakan kuasa deria masing-masing untuk meneka setiap semburan tersebut daripada tiga wangian Montblanc. Iaitu Montblanc Explorer Platinum, Explorer serta Explorer Ultra Blue. Siapakah antara Tomok, Dato’ Sri Bernard Chandran, Hugh Koh, Blink dan Roberto Guiati yang berjaya untuk memadankan ketiga-tiga wangian Montblanc tersebut? Saksikan sehingga penghujung video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Cerita mengenai haruman ini mengisahkan tentang pertembungan antara lelaki dan gunung. Explorer Platinum adalah asas kepada jenama Montblanc dan perhubungannya dengan gunung-ganang. Sebuah Maison yang dinamakan daripada puncak tertinggi benua Eropah. Montblanc terus menginspirasikan desain dan haruman daripada keindahan gunung dan glasier teragung.

Montblanc Explorer Platinum

Wangian lelaki Eau De Parfum ini boleh didapati dalam tiga saiz iaitu 100ml, 60ml dan saiz kembara 30ml. Boleh didapati di laman rasmi Montblanc, Sephora dan kaunter fikizal di seluruh Malaysia.

 

Pengarah Kreatif @aizataidid Pengarah Kreatif Digital @nisahalid Editor & Penata Gaya @muzammin Pengarah Digital @anis_hanini Pengurus Kandungan Digital @kimmirashi Pengarah Seni @ayoi.arif dibantu @hil.pele Grooming @sahirsabri Dandanan @yusofruzaimi Suntingan Video @syafiqsazaly Video @abc123zakwan @azeemanwr_ Pelatih Amali Zahirah Zulkhairi & Nur Nutailah Lokasi @bookxcess LaLaport BBCC

Baca lebih lanjut: SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut

‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut