SIGNATURE, WANGIAN EKSKLUSIF DARI SHAWN MENDES
Jika ditanya siapakah pemuzik dan penyanyi remaja paling digilai masa kini, pastinya rata-rata ramai akan menyebut nama Shawn Mendes. Penyanyi tampan berbakat besar ini bukan saja punya aura penghibur yang memukau dengan keupayaan bermain instumen muzik, malah kini dia dikhabarkan baru saja melancarkan wangian terbarunya yang diberi nama Signature.

Wangian uniseks khas untuk kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan khabarya diciptakan khas sebagai aroma kegilaan untuk generasi masa kini. Menurut penyanyi yang berasal dari Kanada dalam laman sosialnya berkata, wangian terbarunya ini cukup dekat dengan hatinya kerana ia direka untuk dipakai mereka yang berkeyakinan, keghairahan serta yang punya keazaman yang tinggi. Malah, ia turut mendapat inspirasi dari minat mendalam Shawn terhadap bidang seni.



Mengabungkan esen youthful floriental-woody, serta buahan dan buangan segar, wangian terbaru ini ternyata menyegarkan, ‘electrifying’ serta sensual. Yang menariknya, botol wangian ini dikira vintaj, diilhamkan dari gitar tembaga yang terukir dengan tandatangan Shawn sendiri, malah kotaknya pula direka dari inspirasi tatu pertama Shawn, iaitu gambaran abstrak gitar akustik gabungan tumbuhan, awangan bandaraya Toronto serta gelombang bunyi.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.










