POST-SENAMAN: 5 PERKARA PERLU DIELAKKAN
Rutin senaman di gim dan usaha anda untuk anda tampil sihat sebenarnya hanya membuang masa sekiranya anda melakukan lima perkara ini selepas bersenam.
Anda baru saja selesai sesi senaman yang intense dan pastinya anda mahu cepat-cepat mandi untuk membuang peluh dan terus makan. Hold on a second! Walaupun ia sangat tempting, ada beberapa perkara penting yang anda perlu lakukan selepas bersenam agar semua usaha anda tadi tidak sia-sia.
Mungkin ramai lupa bahawa untuk tubuh sihat, tidak semestinya kita perlu workout setiap hari. Mengutamakan kesihatan dalaman, mendapatkan rehat yang cukup serta menjaga pemakanan juga memainkan peranan penting.
5 PERKARA PERLU ELAK SELEPAS BERSENAM
Jadi untuk pastikan tubuh anda kekal fit dan berstamina sepanjang hari, ini beberapa perkara yang anda perlu elakkan.
1. TERUS BERPAKAIAN GIM SELEPAS WORKOUT
Buat mereka yang memakai pakaian gim sewaktu senaman, anda sememangnya digalakkan untuk terus menukar atau membuka baju tersebut tanpa perlu berlengah, walaupun anda akan mandi sejurus selepas itu.
Tahukah anda, pakaian gim yang dipenuhi air peluh anda boleh menyimpan banyak bakteria yang tidak bagus untuk kulit anda? Pastikan anda menukar bukan saja baju, tetapi seluar, stokin termasuk kasut bagi mengekalkan otot anda kekal dingin dan longgar.
Bukan itu saja, ia juga membantu dalam menggalakkan peredaran yang baik, juga membantu proses pemulihan selepas senaman.
2. DUDUK TANPA MELAKUKAN AKTIVITI RINGAN
Hanya kerana anda sudah melakukan heavy workout dan tidak henti berpeluh, tidak semestinya anda hanya perlu duduk saja-saja selepas itu.
Tahukah anda, aktivtiti ringan selepas senaman adalah rutin pemulihan hebat bagi pengedaran darah serta membantu pemulihan dengan membaiki dan mengisi bahan bakar tubuh anda?
Lakukan aktiviti ringan seperti berjalan, regangan ringan dan menarik nafas panjang. Sama juga selepas anda pulang ke rumah. Elakkan dari hanya duduk bersantai di hadapan kaca televisyen sambil tanpa berbuat apa-apa.
3. TIDAK MENGISI PERUT
Kerana masih komited dengan hasil senaman, anda enggan untuk menyentuh makanan kerana risau akan beri kesan kepada tubuh badan anda. Anda silap! Anda digalakkan untuk minum banyak air dan makan selepas senaman, dalam tempoh 20 hingga 30 minit selepas habis.
Pastikan makanan yang diambil selepas senaman mengandungi protein, sedikit lemak dan karbohidrat yang kompleks bagi keperluan tenaga berterusan.
Pilihan terbaik adalah susu coklat rendah lemak, sandwich atau roti gandum bersama buah-buahan dan yogurt. Pastikan pengambilan air yang berterusan.
4. SENAMAN LEBIH BERAT
Mungkin kedengaran hebat dimana anda meneruskan senaman dan mencabar diri, namun anda perlu ingat had tubuh anda.
Jangan pula selepas senaman, anda enggan berhenti dan membuat senaman berat-berat seperti memanjat tangga, atau mengangkat bebanan berat. Ini kerana otot anda sudah semakin lemah hasil sebelum senaman dan ini hanya akan mencederakan otot badan anda.
5. ‘MENIPU’ TUBUH ANDA
Anda sudah terbiasa untuk melakukan senaman tertentu, dan hasilnya boleh tahan. Namun, anda bertindak di luar jangkaan melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak pasti sama ada anda mampu atau tidak.
Hasilnya pula bagaimana? Anda sendiri tidak pasti. Ya, ‘menipu’ tubuh anda sewaktu selepas senaman adalah sesuatu yang tidak digalakkan. Layani tubuh anda dengan hormat. Yang penting rancang jadual senaman anda betul-betul agar anda boleh melakukan semua senaman yang anda ingini.
Teks Wan Mohd Firdaus
Artikel berkaitan: 2 RAHSIA KECERGASAN ICE-T YANG MENJADI AMALAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Menjelang Aidilfitri, persiapan rapi bukan sahaja melibatkan pakaian baharu dan juadah, tetapi juga grooming diri yang kemas dan segar.
DIET KESIHATAN PELIK AMALAN ATLET SELEBRITI TERNAMA
Empat atlet ini memilih untuk mencuba diet ekstrem yang biasanya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA
Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang boleh membahayakan sperma. Ketahui tiga lagi tabiat yang mempunyai pengaruh serupa.
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.
8 JENAMA SKRUB TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Eksfoliasi adalah wira dalam rejimen penjagaan kulit. Ia membersih, memperbaiki tekstur kulit, membuka liang pori dan menghilangkan kotoran