PELAN DIET MENYIHATKAN UNTUK LELAKI DI KALA RMO
Lelaki yang sederhana aktif biasanya perlu mengambil kalori di antara 2000 hingga 2800 sehari untuk menjalankan aktiviti dan sistem keseluruhan badan. Namun jangan lupa untuk memasukkan nutrisi di bawah ini ke dalam rancangan pemakanan harian anda, terutama sekali ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini. Menurut sumber, ini dia pelan permakanan sihat yang lelaki boleh patuhi.
Serat
Sekurang-kurangnya 38 gram fiber perlu diambil oleh setiap lelaki. Serat ini boleh didapati melalui pengambilan sekurang-kurangnya 5 cawan sayur dan buah setiap hari. Ia juga boleh diperolehi dalam bentuk bijian penuh (whole grains).
Protein
Lelaki disarankan hanya mengambil 56 gram protein setiap hari, walaupun otot dan tahap aktiviti badan boleh meningkatkan keperluan pengambilan protein. Walaupun lelaki cenderung memakan daging merah, namun ia perlu dihadkan kepada satu atau dua sajian saja pada setiap minggu.

Lemak Sihat
Lemak sihat yang dianjurkan ialah lemak ikan, minyak zaitun dan kekacang seperti badam bagi mengurangkan risiko jantung tersumbat. Ia juga berfungsi mengurangkan radang pada otot dan memperbaiki kesuburan. Sumber lemak sihat yang lain adalah telur, avokado dan mentega kacang.
Gula Tambahan
Walaupun gula biasanya kurang menjadi masalah kepada lelaki, tetapi adalah penting untuk memastikan jumlah pengambilan diawasi. Lelaki tidak digalakkan mengambil lebih daripada 36 gram gula tambahan setiap hari, kerana ia boleh meninggikan peratusan risiko kegemukan, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain penyakit yang boleh dicegah.
Kalsium
Walaupun osteoporosis atau masalah tulang rapuh lebih banyak menyerang wanita, seorang dari empat lelaki berusia 50 tahun ke atas akan mengalami keretakan tulang yang berkaitan dengan osteoporosis. Bagi mencegah risiko tersebut, lelaki dinasihatkan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju. Sumber kalsium ini juga boleh ditambah dengan makanan seperti ikan sardin bertulang, bijiran penuh, badam dan kacang soya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.











