PEMERIKSAAN COVID-19 MENERUSI UJIAN AIR LIUR DI RUMAH
Jumlah kes positif Covid-19 terus mencanak naik, dan pertambahan kes dari sehari ke sehari menimbulkan rasa bimbang dan tidak dinafikan ada juga dihantui rasa takut. Saya sendiri berasa seriau tiap kali membuka Facebook kebelakangan ini, ada sahaja status pilu teman-teman di laman maya itu berkongsi duka kehilangan insan tersayang akibat Covid-19. Saat ini adalah satu situasi getir cukup membimbangkan, dan kita Sendiri sehabis baik mengawal pergerakan agar terhindar dari virus merbahaya ini.
Selain pematuhan system operation procedure (SOP), mungkin kita boleh ambil langkah ekstra dalam pemantauan diri dengan melakukan pemeriksaan sendiri. Jika sebelum ini kita perlu pergi ke klinik atau hospital mahupun memanggil doktor untuk melakukan pemerikasaan (swab test) di kediaman atau pejabat, kini terdapat alternatif lain yang lebih mudah dan paraktikal. Kini sudah ada kit pemeriksaan Covid-19 yang boleh dibeli di farmasi yang memudahkan kita melakukan pemeriksaan di rumah.

Kit pemeriksaan dari Korea, Gmate Covid Saliva antara kit ujian Covid-19 yang berkesan dalam melakukan pemeriksaan. Kit ini juga telah mendapat pengiktirafan Medical Devices Authority (MDA). Pemeriksaan yang melakukan Ujian apda air liur ini turut melepasi penilaian Institute of Medical Research (IMR). Berpandukan kajian, 99 peratus mereka yang sudah menggunakan kit ini berpendapat ia sangat mudah digunakan dan arahan langkah penggunaan juga amat mudah difahami. Anda akan mendapat keputusan ujian beberapa minit selepas ujian dijalankan.
“Ujian air liur di rumah bagus bagi mereka yang bimbang mengenai kemungkinan dijangkiti Covid-19 dan juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi orang yang tersayang”, jelas Matthew Ong, Pengarah CityMedic.
Gmate Covid Saliva sangat mudah digunakan, dan terdapat kod yang boleh anda imbas untuk mendapatkan panduan cara penggunaan penuh kit ini. Biasanya jika anda membeli di farmasi, mereka akan sertakan bersama plastik khas untuk anda masukkan kit ujian yang sudah digunakan sebelum anda membuang ke dalam tong sampah.
Artikel Berkaitan: SELEPAS AFGAN, IRWANSYAH PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL
Jenama fesyen lelaki, CABBEEN, terus mengembangkan pengaruhnya di Malaysia menerusi pembukaan butik keempat di IOI City Mall, Putrajaya.
LEE SOO-MAN KEMBALI DALAM DUNIA MUZIK, KENALI 3 KUMPULAN DI BAWAH A2O ENTERTAINMENT
A2o Entertainment yang bernaung di bawah nama Lee Soo-man bawa semula genre K-Pop yang dirindui ramai dengan 3 kumpulan mereka.
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
RECAP GL THE MAN AWARDS 2026: MERAIKAN GAYA LELAKI MODEN
GLAM Lelaki kembali dengan GL The Man Awards buat tahun 2026.
DIOR BOLT SIMBOL KEANGGUNAN MODEN DALAM KOLEKSI BEG WINTER 2026-2027
Mendefinisikan semula gaya aksesori kontemporari, Dior memperkenalkan koleksi Dior Bolt bagi musim Winter 2026-2027 oleh Jonathan Anderson.











