Skip to content

SCENT OF THE YEAR: HARUMAN LELAKI PILIHAN EDITORIAL GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Pilihan editorial #GLAMLelaki menilai tahap grooming lelaki moden berdasarkan kualiti, keberkesanan dan gaya. Melalui inisiatif khas Total Grooming Check, editorial menyenaraikan pilihan terbaik dalam dunia grooming lelaki tahun 2025. “Grooming check” ini merangkumi haruman niche yang eksklusif, wangian ikonik, hingga signature scent yang melengkapkan penampilan, keyakinan diri dan identiti peribadi lelaki moden.

Editorial GLAM Lelaki kali ini menghimpunkan seleksi haruman lelaki terbaik dari wangian niche berprofil artistik, hinggalah signature scent 2025 yang maskulin dan berkarisma.

HARUMAN NICHE PILIHAN EDITORIAL GLAM LELAKI

Bagi lelaki yang menghargai eksklusiviti dan karakter unik, haruman niche menawarkan pengalaman olfaktori yang lebih mendalam dan berani.

#1 Maison Crivelli Cuir InfraRouge Extrait de Parfum

Haruman ini bermula dengan top notes raspberry, bergamot dan cinnamon yang segar dan manis, mencipta pembukaan yang mencuri perhatian. Di middle heart, kombinasi cedarwood, orris dan osmanthus memberikan dimensi floral-woody yang serba sofistikated. Manakala base notesnya terdiri daripada leather (kulit), oud, vanilla, patchouli dan tonka bean, menghasilkan dry-down yang hangat, sensual dan berlapis. Sangat sesuai untuk lelaki yang ingin keluar dari zon haruman biasa dan menonjolkan keperibadian yang berani.

Maison Crivelli Cuir InfraRouge Extrait de Parfum

#2 Fugazzi Parfum 1

Parfum ini dibuka dengan top notes black currant, citrus, mandarin orange dan peppermint, memberikan sensasi segar, sedikit buah dan aromatik. Di tengah, middle notes pink pepper, davana, frankincense dan orange blossom menambah karakter spice-floral yang kompleks. Untuk base dry-down, gabungan patchouli, cedarwood, sandalwood dan musk memberi asas yang maskulin,  bau hangat kayu-woody yang menjadikan haruman ini terasa kontemporari namun penuh teksur.

Fugazzi Parfum 1

#3 Ex Nihilo Blue Talisman Extrait de Parfum

Wangian ini bermula dengan top notes pear dan bergamot yang cerah dan elegan. Gabungan orange blossom dan jasmine sambac menyuntik kelembutan floral yang moden dan bersih. Base dan dry-down menampilkan amberwood, sandalwood, vanilla dan musk, menghasilkan aura hangat dan mewah yang tahan lama. Sesuai sebagai signature scent lelaki kosmopolitan yang sofistikated dan berkeyakinan.

Ex Nihilo Blue Talisman Extrait de Parfum

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

HARUMAN LELAKI PILIHAN EDITORIAL GLAM LELAKI 2025

Dior Sauvage Elixir kekal sebagai simbol maskuliniti moden dengan aroma yang pekat, berempah dan dominan. Ia sesuai untuk lelaki yang mahu tampil berkarisma, berautoriti dan meninggalkan impresi kuat, terutamanya untuk acara malam atau momen penting.

Prada Paradigme Eau de Parfum pula mempersembahkan pendekatan maskulin yang lebih sofistikated dan intelektual. Dengan karakter moden dan bersih, haruman ini sesuai untuk lelaki profesional yang menghargai keseimbangan antara gaya, intelek dan keanggunan.

Melengkapkan senarai ini, Emporio Armani Stronger With You Intensely muncul sebagai haruman yang meraikan emosi, keintiman dan kekuatan maskulin dalam satu botol. Dikenali dengan karakter hangat, manis dan sensual, wangian ini mencerminkan lelaki moden yang berani mengekspresikan perasaan tanpa kehilangan sisi maskulinnya. Ia sesuai dipakai untuk waktu malam, acara istimewa atau saat-saat intim, menjadikannya pilihan selamat tetapi berimpak tinggi untuk mereka yang mahukan haruman tahan lama dan penuh personaliti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Artikel Berkaitan: TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior sauvage

DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN

Bacaan Lanjut
DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE

DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE

Bacaan Lanjut

NICHE PERFUME TERBAIK UNTUK LELAKI 2025: BAU EKSKLUSIF & FRESH

Bacaan Lanjut

3 JENAMA PENJAGAAN FESYEN TERBAIK

Bacaan Lanjut
Wangian Lelaki

WANGIAN LELAKI YANG MENJADI SEBUTAN LELAKI GEN Z

Bacaan Lanjut
minyak wangi Lelaki

5 MINYAK WANGI TERBAHARU BULAN INI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut