Skip to content

THE ORDINARY LANCAR POP-UP PERTAMA DI MALAYSIA

THE ORDINARY LANCAR POP-UP PERTAMA DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

The Ordinary yang cukup terkenal dengan produk penjagaan kulit ini bertapak di Malaysia sebagai hentian Asia Tenggara pertama mereka. 

Jenama penjagaan kulit  The Ordinary telah melancarkan pengalaman pop-up pertamanya di Malaysia. Bertempat di APW Bangsar, pop-up ini dibuka kepada orang ramai pada 1 hingga 3 Ogos 2025 dan menjanjikan satu pengalaman interaktif buat para pengunjung. Direka bentuk sebagai satu pengalaman yang menyeluruh, pop-up ini membolehkan pengunjung mendalami falsafah The Ordinary yang berteraskan sains dan bahan-bahan aktif. Ia memberi peluang kepada peminat kecantikan untuk memahami dengan lebih dekat formulasi popular jenama ini. Cerita di sebalik setiap produk turut dikupas. Pelancaran pop-up ini menyusul selepas pembukaan dua butik fizikal The Ordinary di Pavilion Kuala Lumpur dan Mid Valley Megamall.

The Ordinary Malaysia

Prep, Treat, Seal Di The Ordinary Malaysia

Antara tarikan utama di pop-up ini termasuk peluang untuk meneroka pelbagai produk baharu dan kegemaran ramai dari The Ordinary. Para pengunjung dapat mengenal pasti produk yang sesuai dengan keperluan kulit masing-masing. Ia melalui sesi perundingan peribadi bersama pakar penjagaan kulit. Panduan kaedah “Prep, Treat, Seal” menjadi asas rejimen jenama ini. Selain itu, sesi masterclass turut diadakan bagi memberi pendedahan mendalam tentang rutin penjagaan kulit yang betul. Selain itu, sesi ini juga membetulkan salah faham umum mengenai produk dan bahan aktif. Dipandu oleh pakar industri, sesi ini dijangka menarik minat pengunjung yang ingin memahami asas penjagaan kulit secara menyeluruh.

The Ordinary Malaysia

Menambahkan lagi daya tarikan, terdapat juga sudut kraf yang membolehkan tetamu menghias sendiri rantai kunci pelembab bibir mereka. Pengunjung juga berpeluang memperoleh hadiah eksklusif dengan setiap pembelian semasa acara berlangsung. Dengan gabungan elemen pendidikan, interaktif dan keseronokan, pop-up ini bukan sahaja memperkenalkan The Ordinary kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, malah mengukuhkan lagi komitmen jenama dalam mendekatkan sains kecantikan kepada semua.

The Ordinary Malaysia

Kini, produk kecantikan dari jenama terkenal The Ordinary ini sudah boleh didapatkan dengan mudah di Malaysia. Hanya anda perlu walk-in ke store mereka yang berada di Midvalley dan Pavilion Kuala Lumpur untuk pengalaman penjagaan kulit sempurna.

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

3 TIPS PENJAGAAN KULIT SEMASA CUACA PANAS

Bacaan Lanjut
Rutin Penjagaan Kulit

4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA

Bacaan Lanjut

MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU

Bacaan Lanjut
pencuci muka lelaki

5 PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK UNTUK KULIT KOMBINASI

Bacaan Lanjut
penjagaan kulit lelaki

5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI

Bacaan Lanjut
ELAK BIBIR KERING DAN MENGELUPAS, INI TEKNIKNYA!

ELAK BIBIR KERING DAN MENGELUPAS, INI TEKNIKNYA!

Bacaan Lanjut