Skip to content

THREE RAI ULANG TAHUN KE-15 DENGAN PELANCARAN SEMULA DI MALAYSIA

THREE RAI ULANG TAHUN KE-15 DENGAN PELANCARAN SEMULA DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Jenama kecantikan dari Jepun, THREE lahir semula dan kembali ke Malaysia sempena ulang tahun mereka tahun ini. 

Meraikan ulang tahun ke-15, THREE kembali ke Malaysia dengan misi penuh jiwa. Misi mereka ialah untuk mengembalikan keseimbangan dalam dunia yang sering lupa untuk berhenti sejenak. Setiap sentuhan, setiap hela nafas, setiap langkah membalut anda dalam kemewahan tenang daripada esen alam semula jadi yang terpilih. Daripada formulasi tanpa jantina kepada pengalaman beraroma berasaskan alam, THREE terus setia pada satu janji abadi — hadir untuk anda dalam setiap musim kehidupan. Bersempena ulang tahun mereka yang ke-15, jenama kecantikan dan penjagaan kulit terkenal dari Jepun, THREE, kembali ke Malaysia dengan wajah baharu. Dengan semangat untuk mengimbau kembali asal, cerita, dan falsafah sains holistik yang menjadi teras jenama, pelancaran semula ini turut menekankan matlamat utama THREE. Matlamat utama mereka ialah untuk mengembalikan keseimbangan diri dalam sekelip mata dan hadir bersama pengguna dalam setiap musim kehidupan.

Ketika acara berlangsung, para tetamu disajikan dengan suasana hijau dan nyaman yang membawa mereka rasa seperti seolah-olah terbang ke Jepun. Ini merupakan kesempatan istimewa untuk mereka lebih mengenali rangkaian produk THREE. Produk yang diketengahkan semestinya rangkaian bestseller mereka yang telah lama menjadi pilihan ramai. Antara produk terlaris mereka ialah Balancing Cleansing Oil, Balancing Nectar Cream Wash dan Balancing Nectar Lotion.

three malaysia

Baca: CARA MEMILIH GAYA POTONGAN RAMBUT MENGIKUT BENTUK MUKA LELAKI

Konsep Upcycling Diketengahkan

Sejak awal penubuhan, THREE telah melakar laluan tersendiri dengan mengangkat konsep upcycling – menghargai tumbuhan dari benih hingga mekar. Antara inovasi utama ialah penggunaan Minyak Biji Teh (Tea Seed Oil) yang diperah daripada biji Camellia sinensis terbuang. Kaya dengan asid lemak penting, bahan istimewa ini berfungsi untuk menegangkan dan menyuburkan kulit. Ini menjadikan rangkaian Balancing Line sebagai produk paling ikonik mereka. Dengan rangkaian produk ini, mereka turut dianugerahkan banyak anugerah atas kebaikkan bahan-bahan yang digunakan.

three malaysia

Selain itu, pengalaman eksklusif turut dibawakan khas dari Jepun melalui sesi pembuatan diffuser. Apa yang menjadikan aktiviti ini begitu istimewa ialah diffuser tersebut tidak dijual di mana-mana pasaran dunia. Ini menjadikan acara ini satu pengalaman unik buat para tetamu yang hadir. Haruman menyegarkan yang kaya dengan nutrisi memenuhi ruang acara, membalut semua tetamu dengan tenaga serta vitaliti baharu.

Baca: 5 PRODUK RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI BULAN INI

“Kecantikan sebenar terletak pada kehidupan yang positif, bersikap terbuka serta penghormatan terhadap anugerah kehidupan alam semula jadi dan diri anda sendiri. Ini menjadi sebahagian daripada kehidupan itu. Ia membolehkan anda menyusuri dunia masa kini sambil menanam rasa selesa dengan diri–pada minda, pada tubuh dan pada kulit anda.” Ungkap THREE sediri, mengenai jenama mereka.

three malaysia

Pelancaran semula ini bukan sahaja meraikan perjalanan 15 tahun jenama THREE, malah mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai jenama kecantikan yang setia menghormati alam, inovatif dalam formulasi, dan sentiasa mendampingi penggunanya dengan penuh keaslian.

Pautan berkaitan: 5 SUKAN UNTUK LELAKI MODEN: DARI GYM KE OUTDOOR ADVENTURE

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE ORDINARY LANCAR POP-UP PERTAMA DI MALAYSIA

THE ORDINARY LANCAR POP-UP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
FORMULASI TIME TRAVEL DARI EUCERIN

FORMULASI TIME TRAVEL DARI EUCERIN

Bacaan Lanjut