Skip to content

PESONA URBAN DIOR HOMME ATELIER SUMMER 18

Kongsikan artikel ini

Pengarah Kreatif Dior Homme, Kris Van Assche bersama rapper, A$AP Rocky © Saskia Lawaks

Telefon pintar, power bank, komputer riba, tablet, persalinan gim, cermin mata hitam, majalah fesyen lelaki (ahem)... sungguhpun zaman beransur digital, jejaka urban sentiasa punya ajnas barangan peribadi yang dibawa ke hulu ke hilir dalam mengharungi tuntutan gaya hidup kosmopolitan. So a great bag goes a long way. Dan Dior Homme punya jawapannya.

Koleksi Dior Homme Atelier Summer 18 merupakan solusi cukup cantik nan bergaya bagi mereka yang mencari fungsi dan karakter dalam pilihan bagasi mereka. Diperbuat dengan penuh seni di atelier jenama yang bertempat di 3 Rue de Marignan di kota Paris, koleksi istimewa ini berjaya menterjemahkan visi kontemporari dan jiwa savoir-faire Dior Homme dengan fokus pada perincian dan rekaan yang uber-elegant. (Hinggakan kami terliur melihatnya!).

Suasana belakang pentas pertunjukan Dior Homme Summer 2018 © Morgan O'Donovan

Grained calfskin yang lembut tapi tahan lasak menjadi material asas koleksi Dior Homme Atelier Summer 18 ini. Namun sentuhan cukup magis terlihat pada penjenamaan ‘Christian Dior Atelier’ tertera pada badan kulit bagasi. Menawarkan seleksi merangkumi beg galas, briefcase dan pouch dalam warna hitam klasik (hey, Dior Homme, kan?), Pengarah Kreatif jenama, Kris Van Assche memastikan setiap rekaan dalam koleksi ini punya simplicity dan aura urban yang menjadikannya ideal sebagai pelengkap gaya si kelana kota, tak kira hala tuju mahupun tuntutan peribadi anda.

Tontoni kempen Dior Homme Atelier Summer 18 hasil lensa David Sims dengan tata gaya oleh Mauricio Nardi, di sini.

7 of 8

7 of 8

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut

30 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 36

Bacaan Lanjut
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

Bacaan Lanjut
EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SEJAK TAHUN 90-AN

EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SMITH SEJAK TAHUN 90-AN

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut