5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Nama Ridzman Zidaine kini menjadi satu nama yang regular dalam dunia peragaan antarabangsa. Model kelahiran Malaysia ini semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia. Terutamanya sejak dia membuka pertunjukkan fesyen Louis Vuitton. Dengan aura yang tenang, karisma kuat dan pakej yang sempurna, Ridzman telah membuktikan bahawa model dari Asia Tenggara mampu berdiri sebaris dengan nama-nama besar antarabangsa. Dan GLAM Lelaki rasa cukup berbangga apabila Ridzman antara yang menerima trofi anugerah GL The Man Awards 2025.
Ketahui lima jenama besar yang pernah mempercayakan Ridzman untuk memperagakan koleksi mereka semasa minggu fesyen.
Louis Vuitton
Antara detik paling membanggakan dalam kerjaya Ridzman ialah ketika dia berjalan untuk koleksi Louis Vuitton di Paris men’s Fashion Week. Dengan koleksi yang menonjolkan keanggunan street-luxury, kehadiran Ridzman memberi sentuhan segar kepada jenama mewah ini. Memperlihatkan bagaimana budaya dan identiti Asia boleh bersatu dalam estetika global. Bukan itu sahaja, Ridzman juga terpilih untuk menghiasi pelbagai kempen fesyen dan katalog Louis Vuitton.
Hermès
Gaya sofistikated dan kemas menjadikan Ridzman pilihan ideal untuk Hermès, jenama yang sinonim dengan keanggunan klasik. Koleksi yang diperagakannya menonjolkan kemewahan tanpa berlebih-lebihan. Sesuatu yang seiring dengan persona tenang dan pakej miliknya.
KidSuper
Di pentas KidSuper, Ridzman menunjukkan sisi berani dan eksperimental dirinya. Jenama ini terkenal dengan gabungan seni, humor dan warna yang lantang. Penampilan Ridzman membuktikan versatilitinya sebagai model yang mampu menyesuaikan diri dalam apa jua konsep, sama ada avant-garde mahupun kontemporari.
Emporio Armani
Sebagai lambang lelaki moden dan elegan, Emporio Armani menjadi pentas sempurna buat Ridzman menonjolkan karisma matang dan berkelas. Gaya tailored yang tajam dan minimal melengkapkan persona maskulin yang sudah sinonim dengannya.
Maison Margiela
Tidak semua mampu membawa jenama eksperimental seperti Maison Margiela dengan begitu natural, namun Ridzman berjaya melakukannya. Ridzman terpilih untuk memperagakan rekaan musim bunga 2026 Maisom Margiela baru-baru ini sewaktu minggu fesyen Paris. Terbukti, pesona Ridzman sebagai model semakin kukuh.
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
ANIQ AQIL, “BERSIKAP BAIK KEPADA SEMUA ORANG, KEKAL RENDAH DIRI.”
Aniq Aqil, yang memulakan kariernya sebagai model komersial dan runway, kini mengembangkan haluan sebagai content creator.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.











