DEKATI HADRI HASHIM, BERBUAL TENTANG KERJAYA & FESYEN
HADRI HASHIM HAS ALWAYS BEEN THE GLAM LELAKI’S BOYS. SEJAK AWAL KEMUNCULANNYA LAGI YAKNI SEBAGAI BARISTA, GLAM LELAKI MENYUNTINGNYA UNTUK PAPARAN HALAMAN EDITORIAL. DAN SEHINGGALAH KE HARI INI, HADRI TEGUH BERGELAR USAHAWAN MENGUKUHKAN KAFENYA- THURSDVYS TTDI DAN MULA MENGORAK LANGKAH DALAM PERNIAGAAN FESYEN PULA. DALAM KESIBUKKAN HADRI SEWAKTU PKP 2.0 INI, KAMI SEMPAT BERBUAL BERSAMANYA. WHAT’S UP HADRI?
- APAKAH PERKHABARAN TERKINI HADRI?
Hmm.. boleh dikatakan saya sekarang seperti ‘badut’. Mengimbangi empat kerjaya dalam satu masa yang sama-menguruskan kedai kopi (Thursdvys TTDI), membina portfolio sebagai model, menguruskan 20 model yang bernaung di Topboi Citizen. Dan yang terkini sedang merangka koleksi jenama baju saya sendiri.
Memulakan jenama baju sendiri sudah merupakan impian saya sejak penglibatan dalam lapangan fesyen ‘streetwear’. Semua rekaan saya sudah tercipta pada tahun 2018. Namun, baru sekarang saya memiliki modal yang cukup untuk memulakan jenama “His Vivid Dreams” yang diringkaskan ke akronim HVD. Yakni singkatan nama sendiri. Matlamat saya ialah menghadirkan rekaan yang fokusnya pada potongan dan jahitan pada baju, seluar sweats, seluar utiliti. Bermula dari koleksi pertama sehingga yang kelima. Juga akan mula mengeksplorasi rekaan perempuan dan yang lebih tegap buat lelaki.
2. HADRI SUKAKAN FESYEN. YOU HAVE A GREAT SENSE OF STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI FESYEN HADRI?
Fesyen melambangkan kehidupan saya dan ia cara saya berekspresi setiap hari. Sewaktu zaman kolej, saya menggunakan papan luncur untuk ke kolej. Dan pada waktu itu, stail saya dipengaruhi oleh jenama-jenama seperti Ice Cream, Billionaire Boys Club, The Hunders, Crooks & Castle dan Vans Vault. Sampaikanlah saya sanggup mengambil kerja sebagai pencuci pinggan di restoran demi mengumpul duit lebih untuk membeli kasut dan baju.
Selepas tamat pengajian Universiti, secara perlahan saya mengeksplorasi jenama-jenama ‘streetwear’ lain seperti Norse Projects, Stampd, Publish brand dan I Love Ugly.
Sekarang, saya selalu bersama TTFGA, yang secara tak langsung mempengaruhi saya untuk pakai baju-baju yang ‘tailored’. Saya masih sukakan baju-baju ‘streetwear’, oleh itu sekiranya saya memakai kemeja T “Fear of God”, saya akan padankannya dengan seluar ‘tailored cut’ jenama COS dan kardigan wool, misalnya ketika hari hujan.
Saya juga gemar ke kedai bundle untuk mencari baju-baju vintaj. Yang akan saya suai padankan kemudian. Seperkara saya pelajari, baju-baju yang dibuat pada sekitar era ’80-an dan ’90-an-seleksi material yang digunakan adalah sangat berkualiti. Ia mampu bertahan sehingga jangka masa 20 tahun. Kebanyakkan baju-baju yang dijual di bundle masih baik kondisinya.
3. HADRI BEKERJA MAINLY DALAM PERNIAGAAN FOOD & BEVERAGES (F&B). HOW DO YOU INCORPORATE F&B BUSINESS WITH FASHION?
Perniagaan F&B dan fesyen adalah seperti langit dan bumi. Pada saya, penggabungan dua ‘unsur’ ini terlihat sewaktu perbincangan yang melibatkan perkara yang rumit, misalnya mencipta hiasan sesuatu makanan dan mereka desain baju. We have to dive deep into the details.
4. TREND FESYEN KEGEMARAN?
T-shirt ‘oversized’, cuffed sweatpants, gelang, but Chelsea YSL, kemeja T band/Nirvana, dan ‘tailored pants’. Himpunan Ermenegildo Zegna musim luruh 2021 dan Fear of God 7th Collection cukup menakjubkan sekali.
Untuk keterampilan berkaitan trend semasa, saya sukakan koleksi Dior Men musim bunga 2019 dan pra-luruh 2019. Serta Berluti musim luru/sejuk 2018.
5. BISAKAH FESYEN MENGUBAH DUNIA? JIKA YA, BAGAIMANA?
Saya benar-benar rasa fesyen mampu mengubah dunia, tambahan lagi dunia sekarang sedang berevolusi. Orang semakin berhati-hati kala memilih baju yang mahu dibeli. People are less brand conscious now. Ia amat penting untuk memiliki barang yang berkualiti berbanding kuantiti. Tidak kira, sama ada item pre-loved atau yang dibeli dari bundle, jika ia sesuai dan menepati keperluan anda, maka tidak ada gunanya membuang wang untuk membeli sesuatu dari barang pereka mewah. Cara ini akan mengurangkan pembaziran dan barang kitar semula merupakan idea yang terbaik, jika tak dunia akan kehabisan sumber untuk menghasilkan pakaian baharu. Kita sedang menuju ke arah ini, kerana itulah kelestarian dalam fesyen merupakan faktor terpenting pada masa sekarang.
6. ANTARA MODEL DAN PEMILIK PERNIAGAAN. YANG MANA SATUKAH PILIHAN HADRI? WHAT’S THE BEST THING TO BE A FASHION MODEL/INFLUENCER?
Kedua-duanya menyeronokkan. Bila jadi model saya dapat rehatkan minda kerana saya hanya perlu mendengar arahan orang lain. Sebagai ‘business owner’ pula saya perlu berikan arahan dan melakukan keputusan dengan tangkas. So, sekiranya perlu pilih yang mana satukah pilihan saya? Tiada yang spesifik.
Sewaktu bekerja sebagai model, saya dapat berehat seketika dari mengeluarkan arahan. Dan agak memenatkan kerana orang menunggu arahan kita. Sebagai pemilik perniagaan, kita punka kanggungjawab yang besar kepada pekerja-pekerja kita. Saya selalu harus meletakkan diri di dalam tempat/situasi mereka supaya kita lebih faham akan keadaan mereka dan dapat membuat keputusan yang rasional.
7. TIP FESYEN UNTUK LELAKI?
Jangan rasa takut untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa. Jadi lebih ekspresif sewaktu bersiap setiap hari dan jangan malu untuk menerima kritikan dari kawan-kawan. Itulah yang membuatkan dirimu unik. Banyak lelaki di luar sana yang teringin untuk mencuba stail-stail baru tetapi takut dihakimi orang lain. You have nothing to lose!
Artikel berkaitan: Kenali Sonny Hall, Model Berjiwa Puitis dan Bijak Bergaya
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda.
RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ
Razin Qidran mula menceburi bidang hiburan secara serius selepas tamat pengajian universiti. Tahun ini sahaja, Razin telah berlakon beberapa drama dan terbaru, muncul sebagai Irwan dalam drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi.
CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®
Untuk musim perayaan kali ini, Levi’s® akan meraikannya dengan keseronokan gaya terkini dan segar. Melalui himpunan baharu ‘Holiday Edits’ dan memulakan inisiatif pemberian hadiah yang dinamakan “12 Days of Denim”.
TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN
Ton warna yang lembut seperti pastel dan soft neutrals dalam koleksi kapsul TOD'S· X boleh memberikan kesan yang menenangkan nan elegan. Warna-warna ini sangat ideal untuk digayakan kala acara akhir tahun. Kombinasi warna ini nyata versatil sesuai buat mereka yang suka terlihat tanpa berlebihan.
ADIB CAROLINE, GENERASI BAHARU FESYEN LOKAL
GLAM Lelaki bersembang dengan anak muda ini yang cukup akrab dengan jenama lokal popular, SAOI. Let’s get to know Adib Caroline.
5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR ‘IT BOY’
Gelaran ‘It Boy’ diberikan kepada selebriti lelaki yang memiliki pesona luar biasa dan pengaruh besar dalam dunia hiburan serta fesyen. Dalam dunia hiburan Korea, gelaran ‘It Boy’ diberikan kepada selebriti lelaki yang bukan sahaja mempunyai bakat yang luar biasa, tetapi juga berjaya mencuri perhatian ramai dengan pesona, gaya, dan pengaruh yang luar biasa. Mereka sering…