DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026
Dior Jett, siluet baharu antara warisan dan kemodenan. Beg musim baharu yang patut dimiliki.
Dipersembahkan buat pertama kali di pentas pertunjukan Dior Summer 2026, beg Dior Jett tampil sebagai simbol evolusi reka bentuk yang berani, praktikal dan relevan dengan gaya hidup kontemporari. Menggabungkan warisan ikonik Dior dengan sentuhan moden, Dior Jett memperkenalkan siluet yang belum pernah dilihat sebelum ini. Iaitu kemas, berstruktur dan dicipta untuk pergerakan bebas.

Rekaan ini memberi penghormatan kepada motif lambang Dior yang dicipta oleh Marc Bohan pada tahun 1967. Dior Jett dihasilkan daripada kanvas jacquard Dior Oblique, ditawarkan dalam dua pilihan elegan: coklat vintaj yang klasik dan hitam yang sofistikated. Gabungan material yang lembut namun kukuh menjadikan beg ini praktikal tanpa mengorbankan estetika, diserlahkan melalui garis reka bentuk yang bersih serta nuansa utilitarian yang halus.
Direka untuk menemani mobiliti seharian, Dior Jett hadir dalam dua model utama iaitu beg messenger dan beg galas. Bagi memenuhi pelbagai gaya dan keperluan. Model messenger ditawarkan dalam tiga saiz: kecil, sederhana dan besar, dengan perincian tulisan Dior Oblique yang ikonik. Versi sederhana turut diperkenalkan dalam material suede dan bulu, menambahkan dimensi keanggunan yang bersifat abadi.

Logo “Dior” sebagai tarikan
Menariknya, rekaan ini turut menyelitkan elemen intelektual sebagai penghormatan kepada minat mendalam pengasas Dior terhadap dunia sastera. Beg ini menampilkan rujukan visual kepada dua karya klasik, Dracula oleh Bram Stoker dan In Cold Blood oleh Truman Capote. Yang mengingatkan kepada konsep Dior Book Tote yang ikonik.
Bagi model beg sandang pula, ia menampilkan penutupan bertali serut yang tersembunyi di bawah flap, lengkap dengan dua tali kulit. Ruang dalaman yang luas serta poket khas membolehkan komputer riba dibawa dengan selamat, menjadikannya pilihan ideal untuk gaya hidup moden yang dinamik.
Sebagai sentuhan akhir, gesper magnet berkembar berbentuk inisial “CD” serta logo “Dior” yang halus melengkapkan rekaan ini. Dior Jett bukan sekadar aksesori, tetapi objek keinginan yang melambangkan semangat bebas dan elegan.
Artikel berkaitan: BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025
5 pengarah kreatif ini mendominasi perbualan fesyen 2025 dari debut koleksi fenomenal hingga hala tuju baharu untuk rumah fesyen legenda.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE
Ridzman Zidaine melakar sejarah sebagai model lelaki Malaysia pertama di melewati pentas Louis Vuitton untuk beberapa musim berturut-turut.
EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26
Milan dan Paris Fashion Week SS26 kali ini membuka tirainya dengan penuh glamor, lebih-lebih lagi dengan kehadiran wajah tempatan.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
PARIS COUTURE WEEK 2025: KEHADIRAN TETAMU BERPRESTIJ
Paris Couture Week 2025 baru sahaja menutup tirai dengan koleksi-koleksi adibusana yang cukup hebat di mata fesyen.











