Skip to content

GLAM LELAKI EDITORIAL EKSKLUSIF: AKHYAR RASHID & EYKA FARHANA SELAMAT BERGELAR SUAMI ISTERI

Kongsikan artikel ini

AKHYAR & EYKA SAID “I DO!”

DARIPADA KAWAN SEHINGGALAH MENYATU MENJADI SELAMA-LAMANYA, AKHYAR RASHID DAN EYKA FARHANA KINI SAH BERGELAR SUAMI ISTERI. KIRA-KIRA SEBULAN SEBELUM MEREKA DIIJABKABULKAN, GLAM LELAKI SECARA EKSKLUSIFNYA MERAKAM MOMEN INDAH DAN MENDEKATI KISAH CINTA ANTARA SEORANG PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL DAN PELAKON. KISAH CINTA YANG MENGGABUNGKAN TAWA, KESETIAAN DAN KASIH SAYANG DENGAN INDAH. 

Akhyar Rashid

Akhyar: Rantai, jam & cincin, CHOPARD, Eyka: Gaun, VERA WANG/THE GOWN ATELIER, jam & anting-anting, CHOPARD

 

BAGAIMANAKAH AKHYAR BERTEMU EYKA? DAN APAKAH ‘FIRST IMPRESSION’ AKHYAR TERHADAP EYKA?

Saya bertemu Eyka buat pertama kali di sebuah acara yang kawan saya anjurkan. Ketika itu, salah seorang kawan saya sudah pun mengenali Eyka, jadi saya minta dia untuk kenalkan saya dengan Eyka. Tetapi sebenarnya, saya mulakan dengan menghantar mesej DM kepadanya. Supaya Eyka tahu siapa saya dan yang menghantar DM itu. ‘First impression’ saya terhadap Eyka adalah dia seorang yang ada karakter, lemah lembut, friendly dan dia comel. Hehe. Of course lah kan.

CERITAKAN SEDIKIT TENTANG EYKA YANG AKHYAR KENALI?

Eyka seorang yang pandai masak. Kena dengan selera saya. Dan selain itu, Eyka juga pandai melayan keluarga saya. 

AKHYAR DAN EYKA MERANCANG PERGI BULAN MADU KE MANA?

Banyak tempat yang kami sudah plan. Kami nak pergi Santorini, Jepun, Bali dan banyak lagi. Basically, Eyka nak pergi Santorini dan saya nak pergi Jepun. Jadi, kami akan pergi ke Santorini dahulu dan kemudian ke Jepun. Insyaallah. 

Jam, rantai & cincin, CHOPARD

Akhyar Rashid

Sut, DIOR

PLAN AKHYAR YANG AKAN DATANG?

Nak anak yang ramai! Haha! Selepas itu, nak travel sebanyak yang mungkin. 

TENTANG KERJAYA AKHYAR PULA, APAKAH PERANCANGAN SETERUSNYA?

Insyaallah, target saya untuk musim akan datang untuk dapat bermain di luar negara. Negara mana belum pasti lagi. Jadi, doa yang baik-baik sahaja. Dan selepas berkahwin, saya akan mulakan perniagaan. 

BAGAIMANAKAH EYKA BERTEMU AKHYAR? DAN APAKAH ‘FIRST IMPRESSION’ EYKA TERHADAP AKHYAR?

Eyka mengenali Akhyar melalui media sosial. Dan pada masa yang sama, kami ada ‘mutual friends’ dan selalu berjumpa di acara kawan-kawan. Dari situlah kami kenal. ‘First impression’ saya terhadap Akhyar, of course cute! Akhyar seorang yang kelakar dan setiap kali kami bersama, Eyka selalu ketawa dengan jenakanya. Selain itu, Akhyar juga seorang yang manis. 

Dress, DOLCE & GABBANA, Veil, THE GOWN ATELIER, rantai & anting-anting, CHOPARD

Rantai, CHOPARD

TERANGKAN KESELURUHAN GAYA DAN ESTETIKA PERKAHWINAN EYKA DAN AKHYAR? 

Okay, perkahwinan ini saya mahukan yang ringkas atau simple sahaja. Untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, saya memilih tema ‘dramatic draping’. Dengan estetik gaya yang romantik dan penuh dengan momen yang indah. Satu lagi majlis yang akan diadakan di Pulau Langkawi, yang mana saya mahukan suasana majlis yang sedikit santai, namun ‘dreamy’ dan meriah dengan vibe ala beach and garden wedding. 

BAJU KAHWIN PULA BAGAIMANA?

Setiap majlis resepsi punya baju kahwin yang berbeza rekaan dan inspirasi. Untuk acara nikah, saya dan Akhyar memilih rekaan Teh Firdaus. Selepas acara nikah selesai, kami akan adakah majlis resepsi pada belah malam dan memilih gaun perkahwinan hasil rekaan Rizman Ruzaini. Dan pada minggu hadapan, kami akan adakan majlis resepsi kedua di Pulau Langkawi untuk menyambut bersama kawan-kawan rapat sahaja. Saya bakal menggayakan gaun oleh Alia Bastamam dan Akhyar pula akan memakai sut oleh Kit Woo. 

Akhyar Rashid Eyka Farhana

Eyka, Jaket trench & skirt, PRADA, Akhyar, sut, DIOR

INSPIRASI BAJU NIKAH DAN GAUN PERKAHWINAN EYKA?

Untuk baju nikah, saya mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain. Eyka seorang yang simple. Walaupun Eyka sukakan rekaan yang ringkas, tetapi saya masih nak sesuatu yang lain daripada yang lain. I’m so in love with my baju nikah. Actually, I’m in love with all of my wedding dresses. Setiap baju kahwin Eyka adalah berbeza. Semuanya berbeza mengikut tema majlis resepsi. 

Artikel berkaitan: PELAKON HUN HAQEEM, DUTA WANGIAN EMPORIO ARMANI MALAYSIA YANG PERTAMA

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 MOMEN TERGEMPAR ARENA SUKAN 2024

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID

EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID

Bacaan Lanjut
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA COACH 2025

SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut

‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024

Bacaan Lanjut