Skip to content

DANIEL W FLETCHER UBAH GEROBOK FESYEN LELAKI

Kongsikan artikel ini

Mungkin boleh dibilang, debut utama Daniel W Fletcher adalah melalui siri Next in Fashion terbitan Netflix. Dalam siri pencarian bakat baru dunia fesyen, dia dilihat sebagai seorang pereka fesyen yang begitu senyap. Tidak loud jika dibandingkan dengan para lawannya. Namun, senyap-senyapnya membawa dia hingga ke final show. Cuma tuah sebagai pemenang tidak berpihak pada Fletcher. Ia tidak membantutkan pereka asal London itu untuk maju dalam dunia rekaan.

Daniel w. Fletcher

Daniel w. Fletcher

Daniel W Fletcher adalah graduan Central Saint Martins dan koleksi akhir tahunnya membuka rezeki yang luas. Pada 205, Harry Styles memilih untuk membeli setiap koleksi graduannya dan sejak daripada itu tidak putus menyokong dan menyarungkan himpunan Fletcher. Jalan kerjayanya jua membantu dalam membentuk citarasa Fletcher. Sebelum melancarkan jenama peribadi, dia terdahulu melalukan praktikal di James Long. Sesudah itu, langkah laju ke Louis Vuitton, Victoria beckham dan Lanvin.

Himpunan musim bunga 21 oleh Daniel W Fletcher

Dalam masa membina jenamanya, misi Fletcher juga adalah untuk menyusun semula aturan fesyen buat jejaka. Dia mengambil pengalaman membesar di Britain dan cuba mengolah semula apa sekelilingnya. Gaya genderless menjadi lebih kabur dibawa amatan kreatif Fletcher. Setiap gaya akan disulamkan sentuhan lebih feminin untuk memberi rentak lain pada maskulin.Provokasi gaya ini yang meletakkan dia sebagai peneraju utama generasi pereka fesyen semasa.

Daniel W Fletcher

Himpunan Fiorucci oleh Daniel W Fletcher

Debut Fletcher di Fiorucci

Tahun lalu menyaksikan resume Daniel w. Fletcher  bertambah hebat. Dia dijemput oleh Fiorucci, jenama asal Itali untuk memegang jawatan sebagai pengarah kreatif buat koleksi lelaki. Terus himpunan pertamanya di Fiorucci dijulang sebagai diantara debut terbaik tahun 2020. Sesuai benar dengan pujian oleh Sarah Mower, pengkritik fesyen yang melihat Fletcher sebagai pereka fesyen terbaik buat generasi online kini.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut