Skip to content

the north face x gucci

THE NORTH FACE X GUCCI KOLABORASI HANGAT 2021

Kongsikan artikel ini

Apa yang pertama kali perlu anda lakukan apabila masuknya tahun baru 2021? Pasang azam untuk menjadi lebih baik. Pasti ada jejaka yang sudah berangan mahu mulakan aktiviti sihat. Daftar diri di gim terbaik, atau berguru bersama personal trainer. Jika hujung minggu pula, tambahlah aktiviti mencabar seperti masuk hutan untuk hiking. Kerana, pada lapan Januari 2021, ada satu kolaborasi bakal muncul. Ia menjadi sebutan sejak pertama kali dikongsi ceritanya di laman sosial. GLAM Lelaki sudah masukkan dalam kalander untuk pergi dapatkan The North Face x Gucci! Must have untuk jejaka outdoorsy yang tidak takut bergaya unik.

Koleksi The North Face x Gucci ini memberi fokus dalam penghasilan item yang melestarikan keseimbangan alam. Pemilihan fabrik adalah daripada sisa buangan plastik yang direka menjadi material nilon. Ia adalah salah satu teknologi dan inovasi The North Face dalam melestarikan ekologi global. Juga untuk meneruskan keaslian jenama asal San Fransisco ini, Gucci memilih menggunakan palet coklat yang cukup popular era 70-an. Ada juga fabrik daripada arkib The North Face yang diangkat oleh Alessandrio Michele sebagai motif utama buat usaha sama dua jenama gergasi ini.

Ini adalah antara produk helaian dan aksesori yang bakal hinggap di butik Gucci pada lapan Januari 2021!

PAUTAN BERKENAAN: GUCCI GRIP LANCAR PROJEK KEDUA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

Bacaan Lanjut

EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE

Bacaan Lanjut
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

Bacaan Lanjut