Skip to content

INTERPRETASI BARU T-SHIRT PUTIH

Kongsikan artikel ini

Tak kira apa pun cita rasa anda dalam bab penggayaan peribadi, setiap lelaki pasti memiliki item-item staple sebagai pakaian asas dalam gerobok mereka. Sepasang sut, seluar jean dan sniker, misalnya. Tak lupa juga T-shirt putih yang menjadi solusi paling mudah untuk tampil simple tapi segar.

Sebagai kesinambungan White Shirt Project yang dilancarkan tahun lalu, bulan ini jenama COS kembali dengan projek baru, yakni White T-shirt Project. Di mana COS memetik item asas yang cukup klasik ini, lalu mengolah siluet dan rekaannya menjadi sesuatu yang lebih kontemporari dan unik.

Koleksi kapsul untuk lelaki dan wanita White T-shirt Project ini terdiri daripada tujuh helai rekaan kemeja-T putih yang diperbuat sepenuhnya daripada kain kapas organik, dan sesuai untuk semua peringkat umur. Berpaksikan teknik pattern-making tradisional, setiap item dalam koleksi ini menerokai elemen-elemen yang membentuk sehelai T-shirt putih, lalu diperbaharui untuk mencipta stail baru yang boleh digayakan dalam ekspresi yang cukup versatil.

2 of 6

COS Loose-fit Organic Cotton T-shirt

2 of 6

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

khalil walid

KHALIL WAHID, “JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN KOMEN NEGATIF!”

Bacaan Lanjut
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

Bacaan Lanjut

SETIAP LELAKI PERLU TAHU LIMA CARA INI UNTUK ELAK MULUT BERBAU BUSUK

Bacaan Lanjut
justin weiqing

KENALI JUSTIN WEIQING, WAJAH FESYEN LOKAL MASA KINI

Bacaan Lanjut

SHUKRI YAHAYA KEKAL RELEVAN DAN CEMERLANG SEBAGAI PELAKON DRAMA & FILEM MESKI SUDAH 13 TAHUN DALAM INDUSTRI

Bacaan Lanjut
model baru

TOP 7: MODEL BARU LELAKI DI SEBALIK RUNWAY PALING HANGAT

Bacaan Lanjut