Skip to content

JOHNNY COCA TINGGALKAN MULBERRY

Kongsikan artikel ini

Jenama fesyen antarabangsa, Mulberry mengumumkan pengunduran Johnny Coca sebagai Pengarah Seni selepas lima tahun, akhir bulan ini. Ketika bersama Mulberry, Johnny telah menjadi peneraju kreatif dalam membangunkan visi gaya hidup mewah untuk jenama itu. Selain itu, beliau telah menyelia beberapa pelancaran koleksi beg baharu dan ikonik termasuk Amberly dan Iris, kategori kaca mata dan kasut, malah pelancaran semula aksesori lelaki dan rangkaian barang kemas.

Tempoh pengunduran beliau bertepatan dengan program pengembangan antarabanga yang telah melihat jenama ini memperluaskan kehadirannya di seluruh dunia, disokong pengguna di seluruh UK, Jepun, Korea Selatan, Amerika Utara, Eropah dan Australia. Koleksi Musim Bunga/Panas 2021 menandakan koleksi terakhir Johnny. Khabarnya, Mulberry masih lagi dalam proses mencari pengganti Johnny.

Jelas Johnny dalam satu kenyataannya, “Saya cukup menghargai masa saya bersama jenama warisan Inggeris ikonik ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan semua orang yang telah menyokong saya selama saya di sini. Saya cukup berbangga dengan apa telah kita capai serta koleksi yang telah kita hasilkan selama ini. Semangat dan dedikasi di Mulberry amat luar biasa dan saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada sejarah jenama itu.”

All the best Johnny!

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

Bacaan Lanjut
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

Bacaan Lanjut
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

Bacaan Lanjut
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut