Skip to content

JOVIAN MANDAGIE UMUM PENUTUPAN OPERASI DUA JENAMA

JOVIAN MANDAGIE UMUM PENUTUPAN OPERASI DUA JENAMA

Kongsikan artikel ini

Jenama tersohor tanah air, Jovian Mandagie Group membuat kejutan dengan mengumumkan penutupan operasi Jovian Mandagie Couture dan Jovian Ready To Wear (Jovian RTW).

Berita itu dikongsikan pengasas jenama, Datuk Jovian Mandagie menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini. Menurutnya kedua-dua label itu akan ditutup dalam tempoh dua minggu akan datang.

“Selepas 17 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen bersama Jovian Mandagie dan Jovian RTW, saya berpeluang menghasilkan rekaan buat golongan elit dan kerabat Diraja di seluruh dunia. Kami telah melancarkan pelbagai koleksi pakaian buat berjuta rakyat Malaysia, menerokai ajnas kategori fesyen yang menterjemah idea saya menjadi realiti.

“Namun seiring peredaran masa, saya menyedari bahawa saya sudah bersedia untuk melakukan perubahan, untuk meneroka bidang yang benar-benar mendorong saya. Industri fesyen semakin berkembang, begitu juga dengan saya yang beralih daripada pereka fesyen kepada ahli perniagaan. Dengan ini, saya memutuskan untuk menutup sementara perusahaan Jovian,” tulisnya.

jovian mandagie

Foto: Facebook

Masa Depan Jenama Jovian Mandagie

Berita itu tentunya mengejutkan pencinta fesyen. Apatah lagi jenama itu sudah mengukuhkan namanya di persada fesyen tempatan dan antarabangsa selama hampir 20 tahun sejak diasaskan pada 2007.

Bagaimanapun menurut Jovian, ada kemungkinan jenamanya akan kembali suatu hari nanti dan jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

“Adakah kami akan kembali? Pastinya kami akan kembali, tapi dengan skala yang lebih besar dan lebih baik, dengan izin tuhan. Teruskan berdoa untuk kami,” katanya.

Jualan promosi Penutupan Akhir Jualan JBoxing diadakan pada 10 Mei lalu di semua enam Jstore. Juga di platform dalam talian seperti di laman webShopeeLazada dan TikTok Shop. Antara barangan yang ditawarkan dengan harga hebat termasuk pakaian, tudung, minyak wangi dan pelitup muka.

 

Foto: Swiss Watch

Pautan berkaitan: 4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL