Skip to content

Van miro & wujo

KOLEKSI KASUT VANS EKSKLUSIF BERSAMA MIRO & WUJO SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Koleksi Vans x Miro & Wujo Year of The Rabbit

 

Koleksi eksklusif ini dipersembahkan pada siluet ikonik Vans, termasuklah Half Cab, Style 36, Authentic dan Sk8-Hi bersama himpunan pakaian dan aksesori. Setiap siluet memberikan keunikan estetika yang berbeza pada pemilihan material seperti tapak kasut yang lutsinar dengan menampilkan paten Miro & Wujo.

Vans miro & wujo

Koleksi ini juga disegarkan dengan rangkaian Half Cab dan Style 360. Simbahan warna merah jambu pada Half Cab yang menyaksikan sentuhan bulu pada paten genggang ikonik Vans. Manakala Style 360 pula diimaginasikan dengan suede hijau dan paten genggang blok hijau-putih pada kanvas.

Desain kasut Authentic pula dilengkapkan dengan pilihan warna seperti Half Cab, dan menampilkan sentuhan biru akuamarin bersama paten kontra pada bahagian atas. Sk8-Hi membawa campuran kulit ton hitam dan jingga, manakala paten genggang hitam memberikan sentuhan yang klasik.

Vans miro & wujo

Himpunan Vans x Miro & Wujo Year of The Rabbit kali ini turut membariskan seleksi pakaian serta aksesori, dan boleh didapari di stor Vans dan Vans.com bermula Januari 2023.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Foto: Vans Malaysia

Baca lebih lanjut: CHA EUN-WOO DILANTIK SEBAGAI DUTA SKECHERS! INI 3 KASUT PILIHAN POP IDOL KOREA ITU

2 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

STOR NEW BALANCE ERA BAHARU KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023

Bacaan Lanjut

5 TIP BERGAYA DENGAN KASUT KULIT LELAKI

Bacaan Lanjut
new balance Malaysia

NEW BALANCE MELANCARKAN STOR KONSEP ‘AESTHETIC’ BAHARU DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut