LEVI’S® X CROCS – KOLABORASI KAPSUL YANG MENGGABUNGKAN KUALITI DAN KESELESAAN
Dua jenama terkenal dunia, Levi’s® dan Crocs bersatu dalam gabungan keselesaan kasual bersama rekaan berkualiti menerusi koleksi kapsul baharu yang istimewa.
Tahun ini Levi’s® meraikan ulang tahun seluar jean 501® yang menjadi salah satu ikon gaya di dunia. Sebagai sebahagian daripada sambutan penting ini, Levi’s® bekerjasama dengan jenama kasut global, Crocs yang terkenal dengan reka bentuk tersendiri serta kasut yang sangat selesa. Dua jenama yang digemari dunia ini bergandingan untuk menghasilkan satu gabungan keselesaan kasual bersama rekaan berkualiti menerusi koleksi kapsul baharu Levi’s® x Crocs.
Perhatian pastinya tertumpu kepada dua padanan pertama daripada koleksi itu, yang menyerlahkan All-Terrain Clog Crocs dalam penampilan berbeza. Setiap pasang dikemaskinikan dengan panel berbalut denim lalu dilengkapi dengan jahitan Sashiko –teknik sulaman tradisional Jepun. Sama seperti setiap pasang celana jeansLevi’s®. Red Tab boleh ditemui pada bahagian kanan kasut yang disertakan bersama butangLevi’s® pada tali tumit kasut.
Selain itu, logo Two-Horse Jepun boleh dilihat pada bahagian tapak kaki. Setiap pasang kasut juga hadir dengan tiga logam hiasan premium Jibbitz™yang dibuat khas untuk kolaborasi ini. Tersedia dalam rona Navy dan Bone, sepatu Clogini menggunakan tali tumit turbo boleh laras dan tapak luar lug lasak denganbunga tapak yang dipertingkatkan untuk daya cengkaman serta sokongan yang lebih tinggi.
Kolaborasi Levi’s® x Crocs Inspirasi Shibori
Padanan ketiga yang ditawarkan daripada koleksi kapsul Levi’s® x Crocs ini menonjolkan cetakan tie-dye Classic Clog. Ia diilhamkan daripada teknik pencelupan Jepun, Shibori. Antara ciri istimewa kasut ini ialah perkakasan engsel butang Levi’s®. Juga tapak luar berwarna merahdan cetakan tumit Two Horse-Pull pada bahagian tapak kaki. Dengan memberi penekanan terhadap ekspresi diri, Classic Clog ini didatangkan dengan lapan hiasan eksklusif Levi’s® Jibbitz™. Ia diinspirasikan oleh budaya penentangan era 60-an serta grafik arkib Levi’s.
“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Crocs yang berfikiran jauh ke hadapan dalam menyatukan dua jenama ikonik untuk koleksi kapsul inovatif ini,” kata Kenny Mitchell, Ketua Pegawai Pemasaran Jenama Levi’s® di Levi Strauss & Co. “Jenama kami adalah juara bagi ekspresi diri yang penuh berani dan penampilan gaya peribadi. Kasut ini adalah untuk semuadan kami tahu ia pastidihargai oleh peminat fesyen di seluruh dunia.”
”“Kami berkongsi komitmen jenama yang sama dengan Levi’s® yang terarah kepada inovasi dan ekspresi diri,” kata Heidi Cooley, Ketua Pegawai Pemasaran di Crocs. “Kerjasama ini mengajak peminat di mana sahaja untuk melangkah ke era baharu keselesaan dan kreativiti.”
Dipasarkan antara RM499 ke RM629, kolaborasi ini didapati di pasaran seluruh dunia menerusi Levi.com serta beberapa butik Levi’s® yang terpilih. Koleksi ini juga tersedia untuk pembelian di Crocs.com dan rakan dagangan seluruh dunia mulai 21 September 2023.
Baca lebih lanjut: TAMPIL ’COOL’, KEKAL ’COOL’ DAN TERUS ’COOL’ DENGAN KOLEKSI +LEVI’S® COOL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BRIGHT VACHIRAWIT BINTANG KEMPEN CALVIN KLEIN JEANS FALL 2023
Bintang Thailand, Bright Vachirawit membintangi kempen Calvin Klein Jeans Fall 2023 untuk rantau Asia bersama model Jepun, Maryel Uchida dan pelakon China, Kuan Chen.
TAMPIL ’COOL’, KEKAL ’COOL’ DAN TERUS ’COOL’ DENGAN KOLEKSI +LEVI’S® COOL
Bulan ini, Levi’s® melancarkan koleksi +Levi’s® Cool yang menampilkan denim yang ringan, lut udara serta lebih segar untuk gaya lelaki yang paling cool.
“THE GREATEST STORY EVER WORN” MERAIKAN 150 TAHUN JEANS IKONIK LEVI’S® 501®
Bersempena dengan ulang tahun ke-150, Levi’s meraikan seluar jean 501® Original yang menjadi ikon gaya global dengan kempen “The Greatest Story Ever Worn”.
KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!
Levi's dan Stussy adalah kolaborasi yang paling ditunggu semua peminat denim. Kolaborasi ini, menerapkan ciri khas Stussy kedalam koleksi denim Levi's bagi menghasilkan gaya yang lebih klasik.
PENEROKAAN SEMULA ARKIB 149 TAHUN LEVI’S
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Levi’s melakar semula arkib rekaan sejak 149 tahun dengan menceduk inspirasi untuk sebuah koleksi berjudul “Archives Reinvented”.
THE SIMPSONS – INSPIRASI BUDAYA POP LEVI’S
Levi’s mengimbau kembali budaya pop bersama siri televisyen popular, The Simpsons untuk himpunan musim Bunga/Panas 2022.