Skip to content

MALAYSIA POLO EDISI TERHAD EKSKLUSIF DI BUTIK HACKETT LONDON

Kongsikan artikel ini

MOMEN KEBANGGAAN KITA! MALAYSIA POLO EDISI TERHAD TELAH TIBA DI BUTIK HACKETT LONDON. MEMILIKI REKAAN KHAS, HADIR DALAM KOMBINASI WARNA KELABU DAN BIRU NAVY, DAN MENAMPILKAN SULAMAN JALUR GEMILANG-MENYEDIAKAN OPSYEN GAYA YANG PELBAGAI.

Polo T “Malaysia Polo” diperkenalkan Hackett London, khusus golongan yang meminati dan mengikuti perjalanan sukan polo. Sukan polo cukup akrab dengan jenama Hackett London dan sebelum-sebelum ini pernah menawarkan pelbagai koleksi yang mengambil sukan polo sebagai inspirasi utama.

Direka dalam rangkaian edişi terhad, selain Malaysia, terdapat negara-negara lain yang pernah menghasilkan rangkaian polo T yang sama, seperti Great Britain, Kuwait dan Arab Saudi. Tiap satu rekaan mempunyai ilham yang berbeza-beza, namun berpaksi pada semangat kesukanan yang sama.

Sempena meraikan kehadiran Malaysia Polo, pelakon dan penyanyi, Izzue Islam dijemput secara eksklusif untuk mendekati dan menyarung rekaan tersebut. Ia menepati cita rasa Izzue. Kerana seringnya, Izzue mengenakan pakaian yang bernada kasual sewaktu tidak bekerja. Gemar bergaya kasual kala ‘off duty’. Ada kalanya juga memilih gaya semi formal untuk menghadiri majlis-majlis seni. Oleh itu, Malaysia Polo merupakan pilihan terbaik padanya.

“Malaysia Polo” menghiaskan sulaman nama Malaysia pada bahagian belakang baju. Sulaman Jalur Gemilang pula dipaparkan pada bahagian depan kanan baju yang memfokuskan kepada ketelitian. Ketelitian butiran tersebut mencorakkan nilai seni pada rangkaian terhebat ini. Polo T dipertingkatkan lagi dengan penggunaan fabrik kapas yang terjamin kualiti. Segera ke butik Hackett London di Pavilion untuk mendekati “Malaysia Polo”.

Hackett London

Hackett London

Artikel berkaitan: Palace Moschino Kolaborasi Buat Skaters

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Bacaan Lanjut

KACAK SUNGGUH! JENSON BUTTON DALAM KEMPEN HACKETT LONDON

Bacaan Lanjut

RALPH LAUREN HADIRKAN POLO ORIGINALS

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA KE HOLLYWOOD

4 SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA KE HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut